Isnin, 24 Januari 2011

Aku dan Mualaf...



Alhamdulilah Allah SWT bagi ku kesempatan untuk berkenalan dengan beberapa orang sahabat mualaf selama aku masih hidup dimuka bumi ini. Begitu indah percaturan hidup Allah sehingga akhirnya ku boleh menyelami hidup saudara baru Ku. Rasa sangat berminat untuk menyelami hidup mereka. Hidup mereka amat berbeza berbanding yang muslim sejak azali. Alhamdulilah mereka ditarbiyah oleh Allah dengan mehnah dan tribulasi yang menerjah dalam mereka bersendirian untuk terus istiqomah dalam Islam.

Hakikatnya rata-rata menyatakan pengalaman mereka mengucap kalimah syahadah sebagai lafaz yang amat bermakna dan amat meruntun jiwa. Namun hakikatnya, dimanakah hakikat nikmat kalimah syahadah bagi yang muslim azali, kini ibarat hanya sekadar lafaz. Astagfirulahalazim..

Bagaimana kita melihat realiti manusia kini hanya ISLAM sekadar nama namun tiada dari segi pelaksanaan nya.. Dimanakah silapnya. Hakikatnya semuanya kerana lafaz syahadah itu tidak menusuk ke hati. Hanya pada mulut dan lidah. Bila kebesaran Allah tidak hadir dalam hati beginilah jadinya. Islam hanya sekadar nama dan ibadat sahaja. Telah menjadi mereka golongan sekular pisahkan agama dari kehidupan. Ingatan untuk diri jua.

Hati ini masih lagi berhajat untuk mendekati hidup saudara baru menyelami hidup mereka dan dekat dengan mereka agar diri ini terdidik dan tahu akan kelemahan diri sebagai muslim, tanggungjwab ku terhadap saudara Ku. Kerana yang pasti dari "SIMFONI DI SEBALIK TABIR MUALAF" yang baru sahaja selesai di KUIS bagaiaman saudara baru kita ini memerlukan perhatian dan sokongan. Sama-samalah kita koreksi diri lihat ke sisi hakikatnya ada saudara baru kita yang perlu kita dekati...

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : Orang yang paling banyak mendapat manfaat drp syafaatku pada hari kiamat nanti ialah seorang yang mengucapkan kalimah la ilaha illallah dengan ikhlas didalam hatinya. (H.R Bukhari)

Ahad, 23 Januari 2011

Aku ANAK dan Aku PELAJAR..

Kadang-kadang dilema sebagai anak dan pelajar akan terjadi. Tercetus diminda ku untuk menulis coretan berkaitan tajuk ini. Sebenarnya tanggungjawab sebagai pelajar dan anak akan menjadi selari, kerana si anak ingin belajar bersungguh-sungguh dan seterusnya memberi kesenangan kepada keluarga dan membalas jasa mereka. Namun kadang-kadang si anak ingin meneruskan pengajian yang lebih tinggi tapi pada masa yang sama keadaan mendesak menjadikan dia perlu berhenti dari persekolahan bekerja dan membantu ahli keluarga.

Bila tersepit dalam kedua keadaan ini apakah yang perlu dilakukan.?? Tersepit antara dua tanggungjawab. teringat kisah seorang sahabat yang mengorbankan segala keinginan hati dan hanya mengikut kehendak keluarga. Pilihan kerjaya, tempat kerjaya, malahan jodoh semua diserahkan kepada keluarga. Kehidupan menjadikan dia perlu berkorban apatah lagi bila si ayah telah meninggal, tinggal si ibu dan adik- adik yang ramai kini dibawah tangungjawabnya.

Kadang-kadang remaja itu memberontak inginkan kebebasan ingin memilih, namun bila keluarga diletak dihadapan insyaAllah semua akan dipermudahkan. Alhamdulilah rezeki sahabat ini sangat murah, tawaran kerjaya datang mencurah kepadanya. Walau ada yang menawarkan gaji yang lumayan dia tetap menolak dia hanya akan terima bila tempat kerjaya itu dekat dengan rumah dan keluarganya. SubhanAllah kepentingan keluarga diletak d hadapan.

Teringat kisah Uwais AlQarni seorang sahabat nabi SAW yang disebut-sebut namanya dilangit dan bumi. Penghuni syurga insyaAllah atas pengorbanan nay terhadap ibunya. Bagaimana dia membiasakan diri mengangkat unta ke bukit hingga akhirnya badan nya berotot dan mampu mengendong ibunya yang kurang upaya tawaf di kaabah. SubhanaAllah

Ibu dan Ayah kamulah anugerah terbaikKu
Allah, Rasul, diatasku namun Kamulah setelahnya
Cukuplah aku berkorban kerana Kamu
Kerana kejayaan ku kelak untuk Kamu
Agar di akhirat sana ku Mengharapkan diriku
Menjadi hamba yang berbakti pada keluargaNya...

uhibukumfillah abadan abada.. umi abi...

Aku menulis Untuk Abadikan PengalamanKu...

Alhamdulilah.. akhirnya hasrat untuk menghasilkan sebuah blog tercapai. Selama ini aku begitu suka melihat blog sahabat-sahabat yang lain. Timbul juga rasa cemburu untuk memiliki blog sendiri. Tapi tidak berkesampaian kerana alasan-alasan yang negatif yang menerjah fikiranKu. Antaranya kata-kata negatif yang menyatakan blog ini sesuai untuk orang yang rajin berkarya, perlu luangkan banyak masa, susah untuk meng "desing" dan macam-macam lagi.

Hajat dihati ingin mempunyai blog agar dapat ku abadikan segala kenangan ku, ilmu yang ku perolehi dalam laman ini, kerana aku akui ku punya daya ingatan yang lemah. mudah melupakan fakta. Mungkin kaedah ini satu ubat yang mujarab bagiku bagi mengingati semua ilmu-ilmu yang ku pelajari. Agar iya bermanfaat.

Buat karya ku yang pertama ingin ku nukilkan sebuah puisi pendek:

Ku berkarya kerana Mu ya Allah ya Rahman
Moga ku temui apa yang ku cari
Kerana ku tahu Engkau Maha Bijaksana
IlmuMu tidak dapat ditandingi umpama buih di lautan
Sungguh pun gunung-ganang tidak dapat memikulnya
Biarlah ilmu Mu yang ku gapai
Dapat ku semadikan di sini
Untuk ku dan untuk saudaraKu
Kerana ku tahu ku mati nanti membawa Ilmu
Bukan harta mahupun kuasa
Ku pohon Redha mu YaALLAH...

SALAM UKHUWAH KERANA ALLAH ....