Selasa, 15 November 2011

~TEMAN MILIK HATIKU~

Bismillah....

Sungguh kenikmatan dan keasyikan bila Allah menghadirkan hamba-hambaNya yang datang menyapa dan mewarnai hidup yang bergelar "teman" terasa hari-hari lebih bermakna, ceria, dan berbunga.

Sampai tidak terfikir hakikatnya setiap pertemuan itu seterunya yang sangat hampir dan sering memerhati adalah perpisahan. Kadang-kadang sampai menitis air mata mengharapkan agar kehadirannya berpanjangan dan jika berpisah jauhkanlah. Namun, kehendak itu seperti melanggar fitrah kejadian kerana pertemuan itu pasti akan menemui perpisahan seperti mana hidup dihantui dengan kematian.

Hakikatnya, hanya Allah yang tahu sejauh mana rasa sayang dalam hati pada hamba Allah pilihanNya yang menjadi pilihan hati. Keredhaan Allah juga menduduki tempat yang utama untuk persingahan bila mana hati dan fikiran tidak bertindak selari dan dikotori nafsu syaitan yang merosakkan.

Allah aku menyanyangi saudara seagamaku, "teman" ku kerana Mu maka jagalah dia dalam redhaMu dan bagilah yang terbaik kepada nya di dunia dan akhirat.. Teman sejati membawa ke syurga.

“Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: “Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!” Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: “Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia.” Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini.” (Hadis Riwayat Bukhari)



~Dedikasi khas buat "Insan Itu"~

Khamis, 10 November 2011

Puisi Cinta karya Aminah Qutb


Sekiranya kita cinta kepada manusia

Tak semestinya manusia cinta kepada kita

Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah

Nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.

Sekiranya kita cinta kepada manusia

Kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai

Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah

Kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan

Cintanya kepada Allah juga.


Ya Allah, andainya dia ialah jodoh yang ditetapkan olehMu kepadaku

Maka campakkanlah dalam hatiku cinta kepadanya adalah keranaMu

Dan campakkanlah dalam hatinya cinta kepadaku keranaMu.

Namun andainya dia bukanlah jodoh yang ditetapkan olehMu kepadaku

Berikanlahku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian

Yang Kau berikan kepadaku.


Ya Allah, jika aku jatuh cinta

Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu

Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu


Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta

Jagalah cintaku padanya

Agar tidak melebihi cintaku padaMu.


Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,

Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling padaMu


Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu

Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu


Ya Allah, jika aku rindu

Jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindui syurgaMu


Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu

Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya

Bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.

Jika aku jatuh hati pada kekasihmu

Janganlah biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang

Menyeru manusia kepadaMu.


Ya Allah, jika kau halalkan aku merindui kekasihmu

Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku

Pada cinta hakiki dan rindu abadi

Hanya kepada mati hanya sekali

Jadikannya pada jalan Allah.

11.11.11 - Insan ITU


Alhamdulilah.. masih diberi peluang menghirup udara segar dibumi Allah SWT pada hari Jumaat yang penuh barakah, dengan tarikh yang cukup unik. Sebenarnya sekarang aku dalam fatrah genting untuk mengulang kaji pelajaran bagi menghadapi paper mid term ku pada Isnin ini, paper statistik penakbiran. InsyaAllah manjada wa jada. Namun mood menulis tiba-tiba datang untuk meluahkan rasa bahagia kerana dikurniai sahabat.

Sahabat, perkataan ini mudah untuk aku ungkapkan dan labelkan kepada manusia yang hadir dalam diriku dan mengenali ku. Namun, tiba-tiba kejadian baru-baru ini buat aku berfikir panjang dan kehadiran seorang insan yang tidak aku pinta mengubah pandangan ku. Seorang hamba Allah yang banyak mengajarku akan nilai dan sejauh mana mahalnya kedudukan dan label "Sahabat" itu.

Aku bermusafir jauh dari Pulau Pinang ke KL rehat sebentar kemudian ke LCCT dan akhirnya ke UKM. Sepanjang musafir ku yang jauh di bulan Zulhijjah ini, nilai pengorbanan ku pelajari, malah nilai sahabat itu ku pelajari. Bagaimana nilai sahabat yang sebenarnya, ditambah dengan kehadiran insan itu dalam hidupku itu dan menyatakan bahawa sahabat yang baik itu ialah mereka yang sentiasa ada dan berusaha ada ketika kita memerlukan, tidak kenal susah, berlapang dada, mendekatkan diri kita pada Allah dan KekasihNya, tidak perna berbohong dan bercakap benar walau menyakitkan yang penting dia mengutamakan redha Allah atas segala tindakannya.

Bukan mudah mendapat sahabat sejati yang baik andai diri kita tidak berusaha dulu ke arahnya. Antaranya dalam adab bersahabat kenalah "Belajar memahami, dari Menghukumi" mengasihi sahabat dan bertolak ansur bukan kerana apa tapi kerana Allah. Ini antara nasihat yang diberikan oleh Insan itu. Alhamdulilah kehadirannya mengajar aku melihat dunia dengan pandangan yang berbeza.

Hakikatnya, aku bersyukur kerana dianugerahkan ramai kawan yang dekat denganku namun nilai sahabat itu aku semakin ketat untuk diberikan pada hamba Allah yang aku jumpai. Namun, aku bahagia dapat menemui keluarga sahabat ku di Penang, inilah antara hamba Allah yang ku berikan nilai sahabat dalam hidupku, alhamdulilah akhirnya aku berjaya membuka isi hatinya untuk memberitahu rasa sayangnya pada ku..

Banyak cabaran dan dugaan dalam hidup bersahabat, dan pastinya akan menemui perpisahan namun hakikatnya jika benar sahabat itu sahabat sejati insyaAllah tidak akan terpisah dek masa dan sempadan. Aku mengharapkan jua kehadiran Insan Itu tidak akan terpisah dek kekangan duniawi kerana kehadirannya sebagai rahmat dari Allah SWT untuk diriku yang hina ini.

Alhamdulilah aku merasai nikmat disayangi dengan segala kebaikan dan pertolongan daripada Allah, aku mengharap untuk menjadi sahabat yang baik dan merasakan nikmat mahligai di syurga sana. Hakikatnya, aku penuh dengan kelemahan aku memerlukan tarbiyah yang tinggi untuk mendidik diriku dan mempelajari seni bersahabat seperti Rasulullah SAW dengan para sahabat...

Ameen ya Rabb.. Uhibukum fillah abadan abada..
Tribute to ~N R, L L, N W, K A, S I, N M.....