Isnin, 25 Jun 2012

Sunnah kehidupan seorang Hamba Muslimah




Surah Al-Asr :
“Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh.
Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN”.

Sungguh benar bahawa hakikatnya manusia diuji dengan masa lapang terutamanya dalam mengisi masa yang sungguh lapang sebelum kesempitan. Alhamdulillah Allah berikan kelebihan pada saya berbanding sahabat-sahabat yang lain kerana saya selesai pengajian awal 4 bulan berbanding sahabat-sahabat yang lain. Di kala sahabat sepengajian tengah demam “exam” dan tesis ketika ini jua saya tengah lapang dengan segala macam komitmen pengajian.

Namun, dengan nikmat kelapangan yang Allah berikan saya diuji dengan kekuatan untuk mujahadah agar mengisi masa yang ada dengan sebaiknya agar tidak masuk dalam golongan yang lalai dan rugi serugi-ruginya di akhirat kelak. Nauzubillah!

Masa lapang yang Allah berikan saya manfaatkan untuk “menebus” kembali segala kekurangan dan hak-hak sahabat saya yang sebelum ini saya gagal penuhi kerana kekangan masa dan kelemahan saya dalam mengurus dengan sebaiknya. Alhamdulilah hikmahnya rasa lebih manis bila berjumpa dengan sahabat dan mendengar luahan hati, rasa, ingatan, teguran, nasihat, pandangan yang diberikan dan yang diterima.

Namun, seringkali masih tidak mampu memenuhi hak semua orang. Hanya kepada Allah tempat aku berserah terutama atas kelemahan ku dalam menunaikan tanggungjawab sebagai sahabat yang baik.
Pada ketika ini bergunung impian,cita-cita, harapan dan cinta yang telah terukir dan tercatat rapi dalam “planner”” hidupku. Ku pandang ke hadapan dan ku lihat alam, begitu singkat umur namun begitu banyak hajat dan keinginan yang perlu dicapai namun dengan kudrat yang sangat-sangat lemah. Terutama dengan komitmen yang pelbagai siap tersadai di bahu. Sungguh, Allah Maha Hebat sampaikan bila aku rasa lumpuh ada sahaja Allah yang menguatkan langkahku.

Bila memikirkan kepada langkah ku untuk “master” tiba-tiba rasa sungguh teruji apabila “kos” yang perlu ku korbankan sangat tinggi, dan ketika ini macam-macam pandangan, datang yang menguji sejauh mana aku bersungguh untuk meneruskan langkah ku dalam bidang yang ku hajati. Ketika ini, tiba-tiba rasa keperluan untuk melengkapkan diri dengan bekalan kewangan sangat “genting” bagi mengapai sebuah ilmu untuk agamaNya. Namun, hakikatnya Allah ada kerana insyaAllah bila nawaitu itu keranaNya pasti Allah akan bagi jalan yang terbaik.

SubhanAllah, hakikatnya ketika ini nilai perkongsian sungguh bermakna apatah bila ada insan-insan yang memahami yang sanggup menyokong dan mendoakan. Cuma bukan mudah untuk memilih terutama bila melibatkan soal masa depan, kerjaya, apatah lagi soal yang lebih besar soal akhirat. Namun, ingat kata seorang hambaNya letakkanlah dunia ditangan dan akhirat letak di hati pasti akan temukan jalan penyelesaian yang terbaik. Indahnya hidup sebagai seorang muslim, hanya lafaz syukur dan penghambaan yang abadi dapat diberikan pada yang Maha Pengasih atas pertolongan dan nikmat yang tak putus-putus. Hakikatnya, benarlah Firman Allah swt “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah. Al Baqarah:216) inilah hikmah yang menguatkan aku dalam mengapai cita-cita dan impian.

Ingat! Kena doa bersungguh-sungguh ya! (^_^)
Syukran pada insan-insan yang sudi menjadi sahabat/teman/kawan ku kerana kalian adalah penyeri hidupku. 

Jumaat, 22 Jun 2012

MUTIARA DI LAUTAN



LOVE ALLAH SWT VERY MUCH.. Allahuakhbar!


"When I pretend to be strong, no one sees my hidden tears except Allah. When I'm sad and need a shoulder to cry on, no one supports me but Allah. Pleasing a human is very difficult, pleasing Allah is the easiest. People sometimes punish me for mistakes I have not done, Allah ignores and excuses the ones that I did. This is Allah, The Greatest, The Most Almighty, The Most Beneficent, The Most Merciful, and all praise belongs to Him."

Ahad, 10 Jun 2012

EMAS OH! EMAS



Terinspirasi menulis karya ini daripada seorang Insan...


Hadis Riwayat Imam Ahmad Ibn Hanbal,  
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasullullah SAW telah bersabda " Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar & dirham (untuk digunakan)”. 

Tahukah sahabat-sahabat bahawa Emas dan Perak digunakan untuk tujuan perdagangan. Maka tidak  timbul soal kemerosotan nilainya malah ianya semakin meningkat, beza sangat dengan nilai wang kertas yang turun naik, malah jangan hairan jika tahun 2015 sebiji roti Gardenia yang bernilai RM0.80 kini akan mencecah RM1.50.  Tak mustahil!

Bila nak melihat hujah berasaskan sunnah, kita buka lembaran Sirah, di zaman Rasullullah SAW harga seekor kambing adalah 1 dinar namun kini harga seekor kambing masih lagi 1 dinar. Namun nilai 1 dinar dalam nilai matawang kertas berubah-ubah malah semakin meningkat, nak buat aqiqah pun kena standard dalam poket siap-siap “packing”  RM800.

Jadi hakikatnya sangat bijak jika kita menyimpan aset dinar emas sebagai pelaburan. Rujuk statistik, kalau tahun 2002, nilai 1 dinar bersamaan RM140. Pada tahun 2005, nilai 1 dinar bersamaan RM242. Pada tahun 2008, 1 dinar bersamaan dengan RM418. Pada tahun 2010, 1 dinar bersamaan dengan RM587. Pada tahun 2011, 1 dinar sudah naik ke paras RM820. Jadi apa tunggu lagi, beli jangan tak beli. Boleh saja menjadi aset pelaburan melalui skim Ar-Rahnu. Cuma saya tak “master” lagi bab ni, sedang bertatih-tatih lagi.  Hakikatnya emas dan perak adalah aset yang terbaik untuk dimiliki. Dengan hanya menyimpan pun dah beri pulangan yang amat lumayan. Tetapi jika simpan duit nilainya semakin susut.


Namun menariknya, bila mengkaji tentang emas ni terbuka kes kajian yang dinukilkan oleh seorang penulis dalam website http://politik.kompasiana.com . Baru tahu makluman ini yang saya masih cuba mendalami kebenarannya iaitu Israel, sebuah negara haram yang mengusai dunia hari ini (bukannya Amerika Syarikat), telah mengeluarkan syiling emas pertama mereka pada tahun lepas. Ini menandakan tak lama lagi akan bermulalah era baru di mana sistem wang emas bakal digunakan dan tiada lagi wang kertas! 
Sudah 80 tahun kerajaan US berhenti menggunakan emas dan perak sebagai wang dan sudah 40 tahun US memutuskan standard emas dgn dollar US dan kini, mereka telah pun memulakan langkah untuk kembali menggunakan wang emas dan perak sebagai sistem urusniaga seharian. Semuanya bermula di UTAH pada bulan Mac 2010.

Selain itu, kes Syria juga terselak. Menurut tulisan pada artikel di website ini, Syria berada di kubu yang sama dengan Hizbullah, Hamas, dan Iran untuk menentang Israel; ‘anak emas’ AS.  Menurutnya, Syria adalah sebuah negeri dengan tingkat pengangguran yang semakin hari semakin meningkat. Hal ini disebabkan oleh sikap Bashar Al-Assad sendiri yang ingin saja menjadi hamba IMF. Syria adalah negara penerima petunjuk IMF: berusaha memperbaiki ekonomi dengan deregulasi kewangan, reformasi perdagangan, dan keswastaan, yang hasilnya hanya memperkaya yang kaya, dan memperbanyakan kelas miskin dan pengangguran. Maka, memang wajar bila ada demo-demo menentang Assad.

Namun, ketika AS berkeras ingin menyingkirkan Assad dengan alasan demokrasi (padahal pada saat yang sama melindungi raja-raja Arab yang sudah jelas-jelas monarki). Fakta menarik yang saya temui ialah penulis menpersoalkan tentang demo rakyat Syria menentang Assad, tapi siapa mereka, pendemo itu? Mengapa mereka juga bersenjata militer? Dari mana senjata mereka? Mereka menembak demonstran dan polis, lalu mengapa media Barat tidak mengupas hal ini?

Tambahannya, yang lagi memuskilkan, apabila Pakar Timur Tengah, Michel Choosudovsky menulis ada banyak bukti yang menunjukkan manipulasi dalam laporan media aksi demo di Syria. Bahkan media tidak melaporkan adanya demo besar-besaran Pro Assad, dengan jumlah peserta yang jauh lebih besar daripada demo anti-Assad. Kenyataan bahawa Assad minta maaf kepada rakyatnya kerana ada tentera yang bersikap keras menghadapi pendemo, menunjukkan sifat baik Assad: dia dengan segala kekurangannya sesungguhnya cinta kemanusiaan (kenyataan yang saya keliru jika melihat pada laporan media kini ).

Tambahannya, kini AS dan sekutu-sekutunya berupaya menggulingkan Assad dengan alasan demokrasi. Namun, alasan sesungguhnya adalah jelas: Assad adalah satu-satunya pemimpin Arab yang hingga hari ini tetap teguh menolak berdamai dengan Israel, Assad bahkan membantu Hizbullah untuk melawan penglibatan Israel ke Lebanon Selatan, bahkan Assad menyediakan perlindungan bagi aktivis-aktivis top Hamas. Bagi Israel, Assad adalah duri dalam daging. Dan kepada AS-lah Israel meminta bantuan untuk menyingkirkan Assad. AS kemudian menggunakan cara lama, membiaya kelompok-kelompok pembangkang di Syria untuk melawan Assad. Media pun digunakan untuk membesar-besarkan demo di Syria. Bahkan, untuk kes  Libya dan Syria, Al Jazeera (yang sering dikenali sebagai media non-Barat) menjadi aset untuk membawa kepercayaan dunia agar AS diberi hak untuk melakukan ‘humanitarian intervention‘: menyerbu Libya dan Syria, menggulingkan Qaddafi dan Assad, dan mengganti keduanya dengan pemimpin yang boleh ‘dicaturkan’.

Sungguh, sangat menarik fakta ini apatah lagi bila melihat Libya yang sangat “jual mahal” dari meminta bantuan kewangan dari IMF (Tabung gergasi AS) iaitu yang terkini “total annual debt change : 0.00%” bagi Libya yang jika dibanding dengan Malaysia ku kini telah mencecah 11.4% dan $ 147,752, 602, 740. ( Semakin baca, semakin banyak kemuskilan dan cambahan fakta yang menarik untuk dikaji, memerlukan ujikaji dan diskusi bersama sahabat-sahabat dan pengkaji bebas).

Hakikatnya, negara kena bebaskan diri dari “ikatan” AS terutama dari segi urusniaga kewangan. Mulakan dengan simpanan emas secara kecil-kecilan agar dapat melumpuhkan kewangan musuh-musuh Islam. Apatah lagi “bonus” dalam amal sunnah Nabi Muhammad SAW dan mengukuhkan simpanan jangka panjang.

Kajian diteruskan….