Selasa, 19 Julai 2011

TAKLIFAN

TAKLIFAN sinonim digunakan bagi mengambarkan tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepada hamba Allah untuk memegang sesuatu jawatan bahkan dari sekecil semut mahupun sebesar gajah. Bukan mudah untuk menerima tanggungjawab dan amanah kira setiap satuny akan dihitung diakhirat sana, samaada berjaya atau tidak melaksanakannya atau tidak. Taklifan boleh menjadi bonus mahupun kerugian diakhirat sana.

.

Teringat daku setiap kali menerima taklifan, hati sering rasa tidak yakin pada diri berusaha untuk menolak dan kebiasaanya akan diringi dengan tangisan. Tapi semuanya pasti ada hikmah atas segala ketetapan yang Allah berikan dan kena menerima juga tanggungjawab. Sahabat-sahabat sering berkata taklifan perlu dipikul untuk kemaslahatan bagi memastikan orang yang sepatutnya berada di tempat pimpinan bagi mengelakkan mudarat bila yang bukan “ahlinya” memegang amanah.

Daripada Abu Zar katanya: Aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Tidakkah engkau mahu melantikku?”. Baginda menepuk bahuku dan bersabda: “Wahai Abu Zar, sesungguhnya engkau ini lemah sedangkan jawatan adalah amanah. Pada hari akhirat nanti ia adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya “. (Sahih Muslim, kitab Al Imarah)

Namun, dalam memikul amanah ini bukan calang-calang orang yang mampu untuk mengarunginya sehingga ke garisan penamat. Diri ini juga sering kecundang dalam melaksanakan amanah dengan sebaiknya. Lumrah, kerana akujanji ku kepada Allah dalam syahadah ku, ku teruskan juga langkah dan bukannya aku bersifat tamakkan jawatan tapi kerana bimbangkan mudarat dan kerana agamaku, ku terima taklifan yang banyak dalam satu masa. Berat namun insyaAllah sahabat-sahabat seperjuangan dan kekuatan dari Allah yang akan menghasilkan kekuatan luar biasa.

Bila ku merenung hakikat kejadian air yang mengalir laju disebalik batuan sungai, hidup seorang daie tidak pernah mengenal garisan penamat walaupun diwarnai dengan mehnah dan tribulasi. Bukan sahaja memenuhi tuntutan amanah namun yang menjadi ujian terbesar adalah memastikan hak sesama manusia terjaga dan hati sesama sahabat terutamanya terpelihara. Inilah ujiannya bila kadang-kadang diri tidak mampu menjaga hati semua orang. Hanya ucapan maaf dan keampunan daripada Allah yang mampu dilakukan.

Alhamdulillah perlu optimis dan bekerja keras kerana segalanya insyaAllah ada hikmah kerana percaturan Allah itu Maha Indah dan dunia hanya sementara manfaatkan segalanya untuk mengumpul bekalan amal sebanyaknya. Duhai sahabat seakidahku;

'Aku kasihi sahabat ku dgn segenap jiwaku. Sahabat yang baik seiring dengan ku dan menjaga nama baik ku ketika ku hidup atau selepas mati. Ku hulurkan tangan kepada sahabat ku untuk bekalan kerana ku merasa senang. Semakin ramai sahabat, semakin ku percaya diriku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tak luntur baiknya dan aku akan setia padanya'