Selasa, 26 April 2011

MASAM MANIS


Peperangan Terakhir Sem 20010/11


Alhamdulilah, paper terakhir sem ini akhirnya berlalu tengah hari tadi. Mujahadah jugak bagi menghadapi paper terakhir ini, mau ndak hairannya paper last sem ini dihadapi dengan persediaan yang cukup lumayan. Sempat lagi menghadapi meeting time waktu "countdown" wah! itulah indahnya tarbiyah dan jalan yang dipilih, bukan seperti lumrah kehidupan mahasiswa biasa. Kebiasaannya sahabat-sahabat yang lain mungkin tengah pulun habis-habisan untuk paper last tapi lain jadinya aku pulun dalam meeting ba.

Alhamdulilah, hanya ungkapan syukur yang terlintas walaupun dalam keadaan kepala yang tak berapa stabil dan suhu badan yang meningkat, simptom-simptom demam menjangkiti badan, perjalanan ke perperangan terakhir tetap dihadapi dengan hati berbunga-bunga maklumlah paper last.

Namun, hati sedih jugak sebab sebelum pergi menjawab exam dapat panggilan dari kepulauan Borneo syahdu jadinya bila mengetahui ayah sakit, mak cakap terkena racun kelapa sawit time berkebun. Badan gatal dan demam. Kalau ikut rasa hati ingin sahaja bawa diri ni terbang ke borneo dan jumpa family. Namun, hanya doa yang kesampaian jasad tidak termampu.

Inilah jua harga pengorbanan yang perlu dilangsaikan sang anak perantau dalam manis ada masam dalam onak kehidupan ada salji, badai, musim luruh, muslim bunga. Indahnya tarbiyah Allah hanya mereka yang tahu bersyukur dapat merasai nikmat kehidupan ini. Walau apapun Moga result meletop!! InsyaAllah!! (^_^)

"... Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal itu baik bagimu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." Surah Al-Baqarah ayat 216

Ahad, 17 April 2011

DOA ANAK PERANTAU


Assalamualaikum....

Ku mulakan bicara dengan kalimah keramat yang diturunkan dari langit dan menjadi ucapan selamat para Malaikat dan penghuni Janah di bumi abadi akhirat sana...

Hening tiada bunyi kebisingan kesibukan dunia dan bunyi kenderaan motor kedengaran di awal pagi ini. Sangat tenang sungguh berkesan bagi si Hamba mengadu cinta, rindu, dan sayang buat kekasih Cinta AbadiNya pada ketika ini. Sayup yang hanya kedengaran desiran kipas dan alunan muzik nasyid mengisi corong telinga. Suasana indah anugerah Allah untuk hambaNya bermunajat ini juga sangat sesuai buat si pemburu ilmu mentelaah pelajaran..

Ketika ini entah mengapa mata tidak dapat tertutup rapat untuk direhatkan walaupun jam telah menunjukkan angka 1 pagi dan pada hari ini akan berperang di medan peperiksaan, tunggu.. tunggu.. sedar tak sedar hanya tinggal beberapa jam lagi akan bertempur di medan peperiksaan.

Coretan tangan ini laju belari ingin meluahkan rasa hati. Tiada apa yang istimewa dalam diri ini yang hendak di nukilkan melainkan hanyalah rasa rindu yang membuak kepadaNya dan kepada anugerahNya yang paling bermakna iaitu anugerah Ibu dan Ayah tercinta. Entah kenapa, hati sayu teringatkan Ibu dan Ayah yang jauh berada di kepulauan Borneo sana. Hanya lah nukilan coretan ini tempat ku salurkan rasa kerana ku tahu ku tak mampu menahan airmata rasa rindu kepada mereka dalam corong telefon, ku bimbang esak tangis ku menggangu lena tidur mereka. Tak ku sanggup menyedihkan malah menitiskan airmata mereka walau setitik...

Ya Allah rintihan hati anak perantau ini, doaku dan impianku kepada Ibu dan Ayahku tercinta.. Wahai Ibu dan Ayahku tercinta kini anakmu bergelut di medan peperiksaan dunia, hanya doa dari kalian sumber kekuatanku. Hanya Allah yang tahu kerinduan ku kepada kampung halaman ku namun aku perlu menjadi kuat, mana mungkin seorang mujahidah itu menjadi lemah dek kerana rasa hati rindu sedangkan ada perjuangan dan amanah yang masih menuntut untuk dipenuhi, Ibu dan Ayah ku anak mu ini ingin mengecapi kejayaan dunia dan akhirat agar di akhirat sana aku dapat melihat senyuman kalian di alam janah. Doakan lah anakmu berjaya dalam jalan yang ditempuhinya, hanya angin lalu yang tahu rasa rindu di hati yang mengunung namun aku perlu kuburkan demi amanah yang perlu dilangsaikan.

Ibu dan Ayah doakan anak mu di sini, insyaAllah doakan kita bersama di hari kemenangan Islam pada syawal nanti.. ampunkan dosa anak mu ini. Aku mencintai kalian kerana kalian anugerah terbaik buat ku dariNya..