Selasa, 1 Februari 2011

Kebangkitan Pemuda Islam Dunia




Bila Jiwa memberontak, Semangat membuak, Hati mendesak, dan Minda segar lagi suci lahir dan menyatu maka wujudlah demostrasi dalam diri dan akhirnya terzahirlah bagi menuntut kebenaran. Jiwa pemuda, disini lah harta dan aset yang paling mahal dan mekar bagi melahirkan kebangkitan dan mencipta pembaharuan bagi menuntut kebebasan dari cengkaman kezaliman. Pergerakan dunia akan berterusan, zaman akan bersilih ganti namun jiwa pemuda pasti mewarnai kebenaran kerana para sahabat-sahabat Rasulullah SAW itu kebanyakannya lahir dalam jiwa pemuda antaranya Saidina Umar ra, Saidina Ali ra, Said Bin Zaid ra, Bilal bin Rabah ra, dan banyak lagi.

Dunia global abad ke21 kini dikejutkan dengan kebangkitan suara pemuda/i Islam di seantero dunia timur tengah bagi menuntut keadilan. Bagaikan Bom jangka yang bertali arus demonstrasi menjalar bermula dari bumi Tunisia yang telah menumpaskan pemerintahan diktator presiden Ben Ali yang dikatakan oleh Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi sebagai BERHALA BESAR TUNISIA atas kekejamannya terhadap Islam meliputi pengharaman pemakaian hijab bagi muslimah dan pemakaian sistem kad bagi solat di masjid. Kejayaan revolusi ini kenyataannya dibangkitkan oleh seorang Pemuda bernama Muhammad Al-Buazizi graduan Universiti yang bertindak membakar dirinya kerana kesal dengan kebobrokan pemerintahan diktator ini.

Gelombang kebangkitan Pemuda/i Islam turut menjalar ke Bumi khazanah ilmu Mesir. Keagungan dan kemegahan Mesir yang terkenal dengan keindahan piramidnya bukan menjadi persoalan pokok kerana hakikatnya kemegahan ini berdiri atas darah-darah manusia yang dikerah bagi memenuhi tuntutan nafsu pemerintah Firaun. Namun keagungan Mesir pada Pusat Keilmuan nya di Universiti Al-Azhar yang telah melahirkan tokoh-tokoh ulama dan ilmuan dunia. Kebangkitan suara pemuda mula bergema di setiap tembok-tembok kaku pemerintahan diktator Hosni Mubarak.

Kepincangan dan kekotoran dalam pemerintahan syaitan bertopengkan manusia ini dalam menyebabkan penindasan rakyat, kesuburan rasuah, kekejaman telah menuntut kebangkitan rakyat bangun menentang. Bangkit meniarapkan Hosni Mubarak agar ikhawanul Muslimin memerintah dan akhirnya Sempadan Rafah dibuka dan saudara Islam di Palestin Terbela.

Kebangkitan suara pemuda/i Islam terus merebak ke Yaman dan Jordan. Kebangkitan dunia Islam Timur tengah ini bakal membawa perubahan kepada landskap politik global dan menganggu-gugat kuasa besar AS. Sedarlah wahai para pemuda/i Islam bangkitlah berjuang menentang musuh-musuh Islam dan menegakkan syiar Islam walau berpisah melalui sempadan namun menyatu atas ikatan akidah.

"Wahai Islam untukmu Jiwa-jiwa dan darah Kami"
ISLAM PASTI AKAN MENANG!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan