Ahad, 12 Jun 2011

Sucinya Anak Soleh Itu.

Alhamdulilah....

Akhirnya, selesai dengan jayanya program Kem Anak Soleh, Masjid Hasanah, BBB atau lebih dikenali sebagai Masjid hijau. Program ini berlangsung dua hari satu malam sahaja, walaupun sungguh singkat tapi sangat bermakna. Inilah pengalaman pertama ku menjadi fasilitator kem fardu ain kepada adik-adik lelaki tapi belum baliqh ya masih dalam usia 7 dan 8 tahun. Pelbagai sifat dan keletah yang mencuit hati dan menghiburkan dengan celoteh, keaktifan, kebijaksanaan dan ketaatan semestinya kerana mereka semua soleh-soleh insyaAllah.


Ammar masih berumur enam tahun antara adik-adik kumpulan ku, walaupun enam tahun namun pasti malu bila mengetahui yang kanak-kanak ini jarang ponteng solat berjemaah di masjid pada waktu pagi. Inilah antara adik yang sangat aktif dengan cerita nya yang bermacam tapi dia ni sangat unik kerana sangat sensitif dengan benda-benda yang tak elok macam membuang sampah walaupun hakikatnya dia paling muda dalam kumpulan ni, baru mencecah 7 tahun. Sangat rajin dan cute dan aktif. Pernah sekali dia menangis kerana dimarah oleh kanak-kanak yang lebih dewasa daripada dia, dia datang mendekat dan menangis di bahu, aku rasa sangat terharu ibarat mengendong adik sendiri walaupun aku ni anak bongsu tiada adik.


Nik, Iqbal, Afiq pendiam kadang-kadang tapi kalau bab main mereka nombor 1 menjuarai, tidak banyak cakap dan mudah menurut dan senang diurus. Iman pula sangat pemalu dan sangat susah nak dengar dia bercakap tapi sangat manis senyumannya dan sangat jelas sebutan serta bacaan al-qurannya.. Muka pun ala-ala arab.

Haziq pula otai kumpulan kalau bab bermain sangat hyper aktif tapi seperti biasa menurut perintah tapi yang paling selalu menghilangkan suara ku dan menguji tahap vokal ku menjerit tak lain tak bukan hazriq la.


Yang paling "romantik" dan charing adalah Firdaus ni yang sangat ku ingati dan mampu buat aku terharu dan menangis, antara ayat yang masih aku ingat yang diperkatakan oleh kanak-kanak berumur 8 tahun ini ialah "Ustazah kalau saya tengok belakang dan cari ustazah, ustazah jangan jalan tau ustazah mesti berada di belakang saya dan dekat dengan saya tau, janji" huhu terharunya ayat yang lain pula "Ustazah kalau bawa motor jangan merempit tau, janji" dan yang paling last dan yang akan diingati dan mudah-mudahan dimakbulkan ialah "Ustazah nanti saya nak ikut lagi kem ni dan waktu tu ustazah mesti ada tau, janji"... Sob.. Sob macam mau nangis ja tapi kena menahan tak boleh mudah cair dan akhirnya perpisahan dibekalkan dengan pemberian nombor phone dan nama FB dengan harapan kanak-kanak berumur 8 tahun ni menghubungi ku.. Syahdu nya apabila dia menyalami ku, lihat kemerahan di matanya menahan titisan jernih dia cuba menyembunyikan perasaan sedih itu tapi aku tahu.

Namun, yang paling kerap "melekat" dan digelar sebagai "anak" ku adalah Faiz sangat manja teringat lagi dia ni sangat suka meminjam handset ku untuk bermain games.. huhu dan apabila demam duduk nak juga duduk diatas ribaan ku fasi-fasi yang lain hanya mampu melihat dengan senyuman.

YaAllah, sangat suci dan menenangkan wajah kanak-kanak kecil soleh in dengan keaktifan serta penguasaan fardu ain mereka yang agak mantap jika dilihat pada usia mereka. Wajah mereka tenang kerana hakikatnya mereka masih suci dari dosa. Aku merasakan ketenangan dan kegembiraan itu setelah pada minggu sebelumya hatiku kusut dengan masalah akademik ku. Alhamdulilah Allah berikan peluang ini. Walaupun penat dengan telatah mereka namun aku merasakan kepuasan dan keasyikan aku megharapkan rahmat Allah atas amal ini.

Ketika hendak kembali ke rumah mendapat lagi nikmat makan aiskrim roti free di restoran Nu-In malu rasanya dengan nikmat ini dengan usaha yang diberikan tidak sesempurna mana. Moga kenangan ini memberi seribu kebaikan diakhirat sana.. Sangat merindukan "mereka wajah suci itu"..

2 ulasan:

  1. habis la nnti dia tntut janji fatma...

    BalasPadam
  2. Janji apa tu ayu?.. heheh. yg nak tgk saya lg nt?.. sy nak ja kalu masih panjang umur dan ada jodoh lagi... Ameen.

    BalasPadam