Khamis, 10 November 2011

11.11.11 - Insan ITU


Alhamdulilah.. masih diberi peluang menghirup udara segar dibumi Allah SWT pada hari Jumaat yang penuh barakah, dengan tarikh yang cukup unik. Sebenarnya sekarang aku dalam fatrah genting untuk mengulang kaji pelajaran bagi menghadapi paper mid term ku pada Isnin ini, paper statistik penakbiran. InsyaAllah manjada wa jada. Namun mood menulis tiba-tiba datang untuk meluahkan rasa bahagia kerana dikurniai sahabat.

Sahabat, perkataan ini mudah untuk aku ungkapkan dan labelkan kepada manusia yang hadir dalam diriku dan mengenali ku. Namun, tiba-tiba kejadian baru-baru ini buat aku berfikir panjang dan kehadiran seorang insan yang tidak aku pinta mengubah pandangan ku. Seorang hamba Allah yang banyak mengajarku akan nilai dan sejauh mana mahalnya kedudukan dan label "Sahabat" itu.

Aku bermusafir jauh dari Pulau Pinang ke KL rehat sebentar kemudian ke LCCT dan akhirnya ke UKM. Sepanjang musafir ku yang jauh di bulan Zulhijjah ini, nilai pengorbanan ku pelajari, malah nilai sahabat itu ku pelajari. Bagaimana nilai sahabat yang sebenarnya, ditambah dengan kehadiran insan itu dalam hidupku itu dan menyatakan bahawa sahabat yang baik itu ialah mereka yang sentiasa ada dan berusaha ada ketika kita memerlukan, tidak kenal susah, berlapang dada, mendekatkan diri kita pada Allah dan KekasihNya, tidak perna berbohong dan bercakap benar walau menyakitkan yang penting dia mengutamakan redha Allah atas segala tindakannya.

Bukan mudah mendapat sahabat sejati yang baik andai diri kita tidak berusaha dulu ke arahnya. Antaranya dalam adab bersahabat kenalah "Belajar memahami, dari Menghukumi" mengasihi sahabat dan bertolak ansur bukan kerana apa tapi kerana Allah. Ini antara nasihat yang diberikan oleh Insan itu. Alhamdulilah kehadirannya mengajar aku melihat dunia dengan pandangan yang berbeza.

Hakikatnya, aku bersyukur kerana dianugerahkan ramai kawan yang dekat denganku namun nilai sahabat itu aku semakin ketat untuk diberikan pada hamba Allah yang aku jumpai. Namun, aku bahagia dapat menemui keluarga sahabat ku di Penang, inilah antara hamba Allah yang ku berikan nilai sahabat dalam hidupku, alhamdulilah akhirnya aku berjaya membuka isi hatinya untuk memberitahu rasa sayangnya pada ku..

Banyak cabaran dan dugaan dalam hidup bersahabat, dan pastinya akan menemui perpisahan namun hakikatnya jika benar sahabat itu sahabat sejati insyaAllah tidak akan terpisah dek masa dan sempadan. Aku mengharapkan jua kehadiran Insan Itu tidak akan terpisah dek kekangan duniawi kerana kehadirannya sebagai rahmat dari Allah SWT untuk diriku yang hina ini.

Alhamdulilah aku merasai nikmat disayangi dengan segala kebaikan dan pertolongan daripada Allah, aku mengharap untuk menjadi sahabat yang baik dan merasakan nikmat mahligai di syurga sana. Hakikatnya, aku penuh dengan kelemahan aku memerlukan tarbiyah yang tinggi untuk mendidik diriku dan mempelajari seni bersahabat seperti Rasulullah SAW dengan para sahabat...

Ameen ya Rabb.. Uhibukum fillah abadan abada..
Tribute to ~N R, L L, N W, K A, S I, N M.....

1 ulasan:

  1. Teman adlh sorg y sll mnemani...
    Kwn adlh sorg y bt ht tetawan
    Tp shbt adlh sorg y lbh dr itu
    Maka carilah dgn al-Quran dgn jln sunnah atas nasihat alim ulama...
    Selagi ssorg itu tak pny ciri2 y dnyatakn dia bkn sahabat...
    Percayalah... Dia bkn sahabt

    BalasPadam