Terinspirasi menulis karya ini daripada seorang Insan...
Hadis Riwayat Imam Ahmad Ibn Hanbal,
Hadis Riwayat Imam Ahmad Ibn Hanbal,
Abu Bakar Ibn Abi
Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasullullah SAW telah bersabda "
Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia.
Maka simpanlah dinar & dirham (untuk digunakan)”.
Tahukah
sahabat-sahabat bahawa Emas dan Perak digunakan untuk tujuan perdagangan. Maka
tidak timbul soal kemerosotan
nilainya malah ianya semakin meningkat, beza
sangat dengan nilai wang kertas yang turun naik, malah jangan hairan jika tahun
2015 sebiji roti Gardenia yang bernilai RM0.80 kini akan mencecah RM1.50. Tak mustahil!
Bila nak melihat
hujah berasaskan sunnah, kita buka lembaran Sirah, di zaman Rasullullah SAW
harga seekor kambing adalah 1 dinar namun kini harga seekor kambing masih lagi 1 dinar. Namun nilai 1
dinar dalam nilai matawang kertas
berubah-ubah malah semakin meningkat, nak buat aqiqah pun kena standard
dalam poket siap-siap “packing” RM800.
Jadi hakikatnya
sangat bijak jika kita menyimpan aset dinar emas sebagai pelaburan. Rujuk statistik,
kalau tahun 2002, nilai 1 dinar bersamaan RM140. Pada tahun 2005, nilai 1 dinar
bersamaan RM242. Pada tahun 2008, 1 dinar
bersamaan dengan RM418. Pada tahun
2010, 1 dinar bersamaan dengan RM587. Pada tahun 2011, 1 dinar sudah naik ke
paras RM820. Jadi apa tunggu lagi, beli
jangan tak beli. Boleh saja menjadi aset pelaburan melalui skim Ar-Rahnu. Cuma
saya tak “master” lagi bab ni, sedang bertatih-tatih lagi. Hakikatnya emas
dan perak adalah aset yang terbaik untuk dimiliki. Dengan hanya menyimpan pun dah beri pulangan yang amat lumayan.
Tetapi jika simpan duit nilainya semakin susut.
Namun menariknya, bila mengkaji tentang emas ni terbuka kes
kajian yang dinukilkan oleh seorang penulis dalam website http://politik.kompasiana.com . Baru tahu makluman ini yang saya masih
cuba mendalami kebenarannya iaitu Israel,
sebuah negara haram yang mengusai dunia hari ini (bukannya Amerika Syarikat),
telah mengeluarkan syiling emas pertama mereka pada tahun lepas. Ini menandakan
tak lama lagi akan bermulalah era baru di mana sistem wang emas bakal digunakan
dan tiada lagi wang kertas!
Sudah 80 tahun kerajaan US berhenti menggunakan emas dan
perak sebagai wang dan sudah 40 tahun US memutuskan standard emas dgn dollar US
dan kini, mereka telah pun memulakan langkah untuk kembali menggunakan wang
emas dan perak sebagai sistem urusniaga seharian. Semuanya bermula di UTAH pada
bulan Mac 2010.
Selain itu, kes Syria
juga terselak. Menurut tulisan pada artikel di website ini, Syria berada di
kubu yang sama dengan Hizbullah, Hamas, dan Iran untuk menentang Israel; ‘anak
emas’ AS. Menurutnya, Syria adalah
sebuah negeri dengan tingkat pengangguran yang semakin hari semakin meningkat.
Hal ini disebabkan oleh sikap Bashar Al-Assad sendiri yang ingin saja menjadi
hamba IMF. Syria adalah negara penerima petunjuk IMF: berusaha memperbaiki
ekonomi dengan deregulasi kewangan, reformasi perdagangan, dan keswastaan, yang
hasilnya hanya memperkaya yang kaya, dan memperbanyakan kelas miskin dan pengangguran.
Maka, memang wajar bila ada demo-demo menentang Assad.
Namun, ketika AS berkeras ingin menyingkirkan
Assad dengan alasan demokrasi (padahal pada saat yang sama melindungi raja-raja
Arab yang sudah jelas-jelas monarki). Fakta menarik yang saya temui ialah penulis
menpersoalkan tentang demo rakyat Syria menentang Assad, tapi siapa mereka,
pendemo itu? Mengapa mereka juga bersenjata militer? Dari mana senjata mereka?
Mereka menembak demonstran dan polis, lalu mengapa media Barat tidak mengupas
hal ini?
Tambahannya, yang lagi memuskilkan, apabila Pakar
Timur Tengah, Michel Choosudovsky menulis ada banyak bukti yang menunjukkan
manipulasi dalam laporan media aksi demo di Syria. Bahkan media tidak
melaporkan adanya demo besar-besaran Pro Assad, dengan jumlah peserta yang jauh
lebih besar daripada demo anti-Assad. Kenyataan bahawa Assad minta maaf kepada
rakyatnya kerana ada tentera yang bersikap keras menghadapi pendemo, menunjukkan
sifat baik Assad: dia dengan segala kekurangannya sesungguhnya cinta
kemanusiaan (kenyataan yang saya keliru jika melihat pada laporan media kini ).
Tambahannya, kini AS dan sekutu-sekutunya
berupaya menggulingkan Assad dengan alasan demokrasi. Namun, alasan sesungguhnya
adalah jelas: Assad adalah satu-satunya pemimpin Arab yang hingga hari ini
tetap teguh menolak berdamai dengan Israel, Assad bahkan membantu Hizbullah
untuk melawan penglibatan Israel ke Lebanon Selatan, bahkan Assad menyediakan
perlindungan bagi aktivis-aktivis top Hamas. Bagi Israel, Assad adalah duri
dalam daging. Dan kepada AS-lah Israel meminta bantuan untuk menyingkirkan Assad.
AS kemudian menggunakan cara lama, membiaya kelompok-kelompok pembangkang di
Syria untuk melawan Assad. Media pun digunakan untuk membesar-besarkan demo di
Syria. Bahkan, untuk kes Libya dan
Syria, Al Jazeera (yang sering dikenali sebagai media non-Barat) menjadi aset
untuk membawa kepercayaan dunia agar AS diberi hak untuk melakukan ‘humanitarian
intervention‘: menyerbu Libya dan Syria, menggulingkan Qaddafi dan
Assad, dan mengganti keduanya dengan pemimpin yang boleh ‘dicaturkan’.
Sungguh, sangat menarik fakta ini apatah lagi
bila melihat Libya yang sangat “jual mahal” dari meminta bantuan kewangan dari
IMF (Tabung gergasi AS) iaitu yang terkini “total annual debt change : 0.00%”
bagi Libya yang jika dibanding dengan Malaysia ku kini telah mencecah 11.4% dan
$ 147,752, 602, 740. ( Semakin baca, semakin banyak kemuskilan dan cambahan fakta
yang menarik untuk dikaji, memerlukan ujikaji dan diskusi bersama
sahabat-sahabat dan pengkaji bebas).
Hakikatnya,
negara kena bebaskan diri dari “ikatan” AS terutama dari segi urusniaga
kewangan. Mulakan dengan simpanan emas secara kecil-kecilan agar dapat
melumpuhkan kewangan musuh-musuh Islam. Apatah lagi “bonus” dalam amal sunnah
Nabi Muhammad SAW dan mengukuhkan simpanan jangka panjang.
Kajian
diteruskan….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan