Isnin, 25 Jun 2012

Sunnah kehidupan seorang Hamba Muslimah




Surah Al-Asr :
“Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh.
Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN”.

Sungguh benar bahawa hakikatnya manusia diuji dengan masa lapang terutamanya dalam mengisi masa yang sungguh lapang sebelum kesempitan. Alhamdulillah Allah berikan kelebihan pada saya berbanding sahabat-sahabat yang lain kerana saya selesai pengajian awal 4 bulan berbanding sahabat-sahabat yang lain. Di kala sahabat sepengajian tengah demam “exam” dan tesis ketika ini jua saya tengah lapang dengan segala macam komitmen pengajian.

Namun, dengan nikmat kelapangan yang Allah berikan saya diuji dengan kekuatan untuk mujahadah agar mengisi masa yang ada dengan sebaiknya agar tidak masuk dalam golongan yang lalai dan rugi serugi-ruginya di akhirat kelak. Nauzubillah!

Masa lapang yang Allah berikan saya manfaatkan untuk “menebus” kembali segala kekurangan dan hak-hak sahabat saya yang sebelum ini saya gagal penuhi kerana kekangan masa dan kelemahan saya dalam mengurus dengan sebaiknya. Alhamdulilah hikmahnya rasa lebih manis bila berjumpa dengan sahabat dan mendengar luahan hati, rasa, ingatan, teguran, nasihat, pandangan yang diberikan dan yang diterima.

Namun, seringkali masih tidak mampu memenuhi hak semua orang. Hanya kepada Allah tempat aku berserah terutama atas kelemahan ku dalam menunaikan tanggungjawab sebagai sahabat yang baik.
Pada ketika ini bergunung impian,cita-cita, harapan dan cinta yang telah terukir dan tercatat rapi dalam “planner”” hidupku. Ku pandang ke hadapan dan ku lihat alam, begitu singkat umur namun begitu banyak hajat dan keinginan yang perlu dicapai namun dengan kudrat yang sangat-sangat lemah. Terutama dengan komitmen yang pelbagai siap tersadai di bahu. Sungguh, Allah Maha Hebat sampaikan bila aku rasa lumpuh ada sahaja Allah yang menguatkan langkahku.

Bila memikirkan kepada langkah ku untuk “master” tiba-tiba rasa sungguh teruji apabila “kos” yang perlu ku korbankan sangat tinggi, dan ketika ini macam-macam pandangan, datang yang menguji sejauh mana aku bersungguh untuk meneruskan langkah ku dalam bidang yang ku hajati. Ketika ini, tiba-tiba rasa keperluan untuk melengkapkan diri dengan bekalan kewangan sangat “genting” bagi mengapai sebuah ilmu untuk agamaNya. Namun, hakikatnya Allah ada kerana insyaAllah bila nawaitu itu keranaNya pasti Allah akan bagi jalan yang terbaik.

SubhanAllah, hakikatnya ketika ini nilai perkongsian sungguh bermakna apatah bila ada insan-insan yang memahami yang sanggup menyokong dan mendoakan. Cuma bukan mudah untuk memilih terutama bila melibatkan soal masa depan, kerjaya, apatah lagi soal yang lebih besar soal akhirat. Namun, ingat kata seorang hambaNya letakkanlah dunia ditangan dan akhirat letak di hati pasti akan temukan jalan penyelesaian yang terbaik. Indahnya hidup sebagai seorang muslim, hanya lafaz syukur dan penghambaan yang abadi dapat diberikan pada yang Maha Pengasih atas pertolongan dan nikmat yang tak putus-putus. Hakikatnya, benarlah Firman Allah swt “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah. Al Baqarah:216) inilah hikmah yang menguatkan aku dalam mengapai cita-cita dan impian.

Ingat! Kena doa bersungguh-sungguh ya! (^_^)
Syukran pada insan-insan yang sudi menjadi sahabat/teman/kawan ku kerana kalian adalah penyeri hidupku. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan