Rabu, 1 Jun 2011

Harga Minyak, Tarif Elektrik, Gula naik lagi?! Apa dah jadi?!


Satu fakta yang jelas dan perlu disedari oleh rakyat apatah lagi lebih mudah untuk dijelaskan oleh orang-orang tua, ibu-bapa di rumah berbanding para mahasiswa/i yang arif dan rutin hariannya berkepit dengan buku-buku dan teori-teori ekonomi adalah tentang kenaikan kos minyak mentah Ron97 yang naik 15 sen kepada RM2.30 seliter, tarif elektrik 7.12 % melalui penggunaan melebihi RM77 ataupun 2.23 sen/kilowatt-jam (kWj) dan gula naik 20 sen/kg kepada RM2.10/kg. Orang-orang kampung akan lebih menyedari akan hakikat ini kerana setiap impak kepada kesan kenaikan kos barang-barang penggunaan ekonomi akan memberi kesan dekat kepada pengguna barang dan perkhidmatan atau rakyat Malaysia khususnya.

Kenapakah Malaysia turut mendapat kesan kenaikan harga minyak dunia? Sedangkan makcik-makcik di kampung pun mengetahui bahawa Malaysia antara pengeksport utama minyak dunia iaitu jika dilihat kepada nilai eksport minyak kelapa sawit pada tahun 2003 berjumlah RM 26.15 bilion ketika harga purata minyak sawit mentah berada pada paras RM 1,544 satu tan. Hari ini, Malaysia menyumbang anggaran 50 peratus daripada pengeluaran minyak sawit dunia dan anggaran 60 peratus daripada jumlah dagangannya. Sepatutnya harga minyak Malaysia boleh menjadi murah kerana dari segi teori ekonomi penawaran yang tinggi dapat merendahkan harga namun hakikatnya minyak jenis tapis tidak digunakan dalam negeri kerana berkualiti tinggi serta harga lebih mahal dan lebih menguntungkan jika dieksport. Oleh itu, Malaysia mengimport minyak jenis lain yang harganya lebih rendah untuk kegunaan tempatan. Dengan ini Malaysia mendapat keuntungan dengan mengeksport minyak yang lebih mahal dan mengimport minyak yang lebih murah.

Apabila harga minyak dunia naik, secara tidak langsung Malaysia turut menaikkan harga minyak tempatan dan akhirnya rakyat terbeban kerana kenaikan harga minyak ini memberi kesan rantaian kepada kenaikan kos atau tarif penggunaan elektrik dan penghasilan bahan asas seperti gula. Kenyataan Prof Madya Wook Endut Pensyarah Ekonomi UKM menyatakan bahawa kesan kenaikan harga minyak secara tidak langsung menyebabkan kenaikan harga elektrik dan gula kerana minyak sebagai bahan asas dalam operasi perkilangan, pemprosesan dan perkhidmatan.

Kenyataan kerajaan bahawa kenaikan tarif elektrik 7.12 % melalui penggunaan melebihi RM77 ataupun 2.23 sen/kilowatt-jam (kWj) tidak akan membebankan rakyat bawahan memang sangat tidak benar dari segi teori atau pengkajian ekonomi kerana hakikatnya kilang yang beroperasi dan menggunakan tenaga elektirk yang banyak dan terkesan pada dasar harga baru ini akan memindahkan beban kos operasi dengan menaikkan harga output barang dan perkhidmatan yang dihasilkan lalu kesan akhirnya akan kembali kepada pengguna juga.

Jika kerajaan ingin menaikan harga gula bagi mendidik rakyat menjaga kesihatan dan mengurangkan kencing manis mengapakah dasar ini tidak diamalkan sejak dulu lagi sedangkan semua mengetahui hakikat bukan mudah menjadikan bahan makanan ruji rakyat tempatan berubah daripada gula kepada madu ataupun secara analoginya daripada beras kepada gandum. Mampukah rakyat terdidik, pastinya tidak, kesannya permintaan gula tetap akan naik, keuntungan pengeluar akan meningkat namun rakyat makin tertindas.

Apakah langkah yang proaktif bagi mengatasi permasalahan ini? Pelaksaanaan sistem perniagaan yang berdasarkan slogan "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan" sepatutnya direnung kembali sejauh mana realitinya ataupun hanya sekadar retorik. Perniagaan berlandaskan Syariat Islam perlu diimplimentasikan secara membumi dengan mengkuburkan sistem kapitalis yang menyengat dan mencekik hidup rakyat. Alternatif yang dicadangkan oleh Tim.Ketua Dewan Muslimat jiga boleh diperpanjangkan iaitu menghentikan pampasan kepada syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP) dab syarikat konsensi tol setiap tahun agar kos ini dapat disalurkan kepada penjanaan subsidi kepada rakyat.

Sabtu, 21 Mei 2011

PERANG BADAR DALAM DIRI...

NAFSU....

Selepas berlaku satu peperangan, Rasulullah SAW pernah berkata, "Kita baru sahaja lepas daripada satu peperangan kecil." Sahabat-sahabat Rasulullah SAW menjadi hairan lalu bertanya, "Apakah perang kecil yang telah berlaku itu? Bukankah ramai jiwa yang melayang kerana peperangan itu, ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab, "Ya, itu adalah satu peperangan kecil. Kita akan menghadapi satu peperangan yang lebih besar iaitu perang melawan hawa nafsu yang sentiasa mengoda diri kita."

Benarlah kata Rasulullah SAW dan tiadalah yang tidak benar atas segala Sabda baginda kekasih Allah yang agung. Kadang-kadang ibarat musim yang berlalu dan saling berganti begitulah juga keadaan iman di dada yang turun naik dan kadang-kadang tumpas dengan godaan hawa nafsu. Bimbang bila sekali terjebak dalam lembah dosa dan kemaksiatan akan terus hanyut dan lena asyik dengan tipu daya permainan syaitan.

Bermakna dan amat dalam sabda Rasulullah SAW akan bahaya nafsu mazmumah jika hidup subur dalam diri apatah lagi dalam hati sehingga menghasilkan karat dan terasa indah dengan maksiat. Risau dan bimbang dengan diri hakikatnya ujian syaitan itu makin kuat dan dahsyat kepada mereka yang memberi nasihat, bila sekali tumpas hanya Allah tempat kembali yang abadi dan pengubat yang ampuh.

Apatah lagi bila diri yang lemah terlena dengan tipu daya pujuk rayu syaitan. Bila rasa terbuai dengan pujian makhluk rasa disayangi oleh sang kumbang, sehingga lupa dan hati terlena dan asyik. YaAllah tiada kemampuan diri ini yang hina lagi lemah melainkan dengan petunjukMu.

Hanya Allah maha menyimpan aib hamba-hambaNya. Rasulullah SAW bersabda :
"Perangilah nafsu kamu dengan berlapar dan dahaga kerana pahalanya adalah seperti pahala orang yang berjihad di jalan Allah dan bahawa tidak ada amalan yang lebih disukai Allah selain daripada lapar dan dahaga."

Zun Nun al Masri berkata:

"Aku tidak pernah kenyang kerana kalau kenyang aku melakukan maksiat atau ingin melakukannya."

Tersentak aku atas sabda dan mutiara kata ini. Betul-betul terkena pada diri..

Moga Allah bagi kesempatan pada diri membersihkan dosa dan noda... Ameen...

Selasa, 17 Mei 2011

MANISNYA HUJAN ITU...


Alhamdulilah....

Hati bertahmid melafazkan kesyukuran atas pengalaman berharga hari ini. Alhamdulilah hari ini sebenarnya hari cuti umum sempena "Wesak Day" dan kalau dah cuti umum tu maksudnya semua orang akan cuti la kan... Namun, hidup seorang hamba Allah tidak pernah mengenal cuti dari perjuangan dan pengabdian diri pada Allah... Demi kerana persahabatan dan kewajipan dengan jasad yang satu dan roh yang tunggal kena melakukan banyak kerja dalam satu masa. Mustahil?? sehari ataupun sejam kena melaksanakan lebih daripada satu perkara..

Tidak, tidak akan mustahil kalau minda mengatakan "Ya! Aku boleh!".. Rutin ku hari ini dipenuhi dengan perkara yang bermanfaat dan indah. Seawal dhuha telah menghadiri meting untuk kerja sambilan. Agak-agak meting habis sebelum pukul 11 am kerana dah berjanji dengan kawan untuk ke HUKM melawat ayah yang baru selesai "operation", namun meting meleret
akhirnya lambat hampir 30 minit kemudian bergegas dari UKM ke HUKM melalui ktm dan lrt...

Sampai hospital rasa tidak mahu pulang kesukaan melihat suasana hospital dan keramahan pesakit 1 malaysiala katakan kerana ada yang melayu,cina dan india. Semua peramah walaupun hakikatnya tengah menderita sakit. Tidak seperti orang biasa saya sangat suka bau ubat-ubatan teruja seperti ingin meneruskan pengajian disini. InsyaAllah. Biarlah ini bukan lawatan pertama dan terakhir ke HUKM.

Alhamdulilah selesai menziarah, keputusan "on the spot" meneruskan pengembaraan ke Shah Alam bagi mengikuti program Konvensyen Mahasiswa Semalaysia. Sebenarnya tidak disangka keputusan "last minute" ni menghasilkan input yang sangat besar dan gempak. Antara pengisian yang "sempat" (kena bergegas ada di UKM kerana ada meeting) dalam masa 3 jam di konvensyen adalah "The Power Of Mind" oleh Prof Dr Muhaya.. Hakikatnya kena optimis, yakin pada diri, dengan aplikasi "Thought, Feel, Action, Result" dan hasilnya pasti meletop.. InsyaAllah dengan hanya memandang pandangan Allah mengatasi segalanya.



Akhirnya, "rushing" kembali ke UKM dan merendah hujan dengan menaiki motor ulang- alik KTM,UKM, dalam UKM kerana sahabat. Sakitnya muka kena hujan namun terasa manis kerana hakikatnya aku merasakan pengalaman ini. Ada nilainya disisi Allah InsyaAllah....

Alhamdulilah, syukur kerana takdir ku begini ya Allah. Manisny ukhuwah,persahabatan,pengalaman, dan cabaran itu dan paling penting penat lelah itu.

Allah SWT berfirman "Maka bertasbihlah dengan menyebut nama Tuhanmu Yang Mahabesar" (Surah Al-Waqiah : 96)

SubhanAllah, Alhamdulilah, Allahuakhbar!! (^_^)

Ahad, 8 Mei 2011

Sentimental kah Aku???

Assalamualaikum...




Seperti biasa sangat suka membuka bicara dengan lafaz agung di atas... Moga ada berkatnya. Ketika ini aku melihat post-post sahabat ku yang agak sentimental tak kira lah di facebook ka d blog ka majoriti meluahkan rasa rindu dengan ibu tersayang... Jadi maukah aku juga bercerita tentang permata hati ku itu..

Terserah, aku mau jadi sentimental atau tidak namun hakikatnya memang aku amat merindui mereka tahap gaban cuma sekadar mampu merindu di kejauhan namun jasad tak mampu merangkul kekasih hati ku. Tapi inilah kemanisan nya makin jauh makin syang dan makin syahdu.. Sedang menghitung-hitung hari dan mencuri-curi waktu insyaAllah moga dapat berjumpa permata hati ku di hari raya nanti.

Hakikatnya manusia itu mempunyai kuasa dalaman yang kuat yang kadang-kadang sukar untuk dipercayai melainkan dengan mencuba terlebih dahulu. Begitulah juga dengan keinginan kalau tiada usaha dan dilengkapkan doa tak kan menjadi.

Boleh juga aku gunakan kenyataan ini bagi analogi yang mengisahkan tentang pengembaraan ku menawan kaki bukit Broga ( Broga Hill) kalu ditengok akan ketinggian bukit tu memang ndak akan percaya akan mampu ditawan, palagi dengan kata-kata yang menguji kemampuan contoh "wah?!! muslimat mau menawan puncak broga, bolehkah??!!" pergh!! memang bikin panas.

Namun, hasilnya walaupun memang mencabar satu kepuasan yang mendalam bila sampai ke puncak dan melihat keindahan alam yang amat indah. Satu cara yang efektif bagi merasakan akan kebesaran Allah swt dan kekerdilan diri.

Moga aku dapat berdiri di puncak kejayaan pada 2012 dengan permata hatiku disisi. Ameen.. Mak!!! nantikan kepulangan ku!!! (^_^)

Selasa, 26 April 2011

MASAM MANIS


Peperangan Terakhir Sem 20010/11


Alhamdulilah, paper terakhir sem ini akhirnya berlalu tengah hari tadi. Mujahadah jugak bagi menghadapi paper terakhir ini, mau ndak hairannya paper last sem ini dihadapi dengan persediaan yang cukup lumayan. Sempat lagi menghadapi meeting time waktu "countdown" wah! itulah indahnya tarbiyah dan jalan yang dipilih, bukan seperti lumrah kehidupan mahasiswa biasa. Kebiasaannya sahabat-sahabat yang lain mungkin tengah pulun habis-habisan untuk paper last tapi lain jadinya aku pulun dalam meeting ba.

Alhamdulilah, hanya ungkapan syukur yang terlintas walaupun dalam keadaan kepala yang tak berapa stabil dan suhu badan yang meningkat, simptom-simptom demam menjangkiti badan, perjalanan ke perperangan terakhir tetap dihadapi dengan hati berbunga-bunga maklumlah paper last.

Namun, hati sedih jugak sebab sebelum pergi menjawab exam dapat panggilan dari kepulauan Borneo syahdu jadinya bila mengetahui ayah sakit, mak cakap terkena racun kelapa sawit time berkebun. Badan gatal dan demam. Kalau ikut rasa hati ingin sahaja bawa diri ni terbang ke borneo dan jumpa family. Namun, hanya doa yang kesampaian jasad tidak termampu.

Inilah jua harga pengorbanan yang perlu dilangsaikan sang anak perantau dalam manis ada masam dalam onak kehidupan ada salji, badai, musim luruh, muslim bunga. Indahnya tarbiyah Allah hanya mereka yang tahu bersyukur dapat merasai nikmat kehidupan ini. Walau apapun Moga result meletop!! InsyaAllah!! (^_^)

"... Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal itu baik bagimu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." Surah Al-Baqarah ayat 216

Ahad, 17 April 2011

DOA ANAK PERANTAU


Assalamualaikum....

Ku mulakan bicara dengan kalimah keramat yang diturunkan dari langit dan menjadi ucapan selamat para Malaikat dan penghuni Janah di bumi abadi akhirat sana...

Hening tiada bunyi kebisingan kesibukan dunia dan bunyi kenderaan motor kedengaran di awal pagi ini. Sangat tenang sungguh berkesan bagi si Hamba mengadu cinta, rindu, dan sayang buat kekasih Cinta AbadiNya pada ketika ini. Sayup yang hanya kedengaran desiran kipas dan alunan muzik nasyid mengisi corong telinga. Suasana indah anugerah Allah untuk hambaNya bermunajat ini juga sangat sesuai buat si pemburu ilmu mentelaah pelajaran..

Ketika ini entah mengapa mata tidak dapat tertutup rapat untuk direhatkan walaupun jam telah menunjukkan angka 1 pagi dan pada hari ini akan berperang di medan peperiksaan, tunggu.. tunggu.. sedar tak sedar hanya tinggal beberapa jam lagi akan bertempur di medan peperiksaan.

Coretan tangan ini laju belari ingin meluahkan rasa hati. Tiada apa yang istimewa dalam diri ini yang hendak di nukilkan melainkan hanyalah rasa rindu yang membuak kepadaNya dan kepada anugerahNya yang paling bermakna iaitu anugerah Ibu dan Ayah tercinta. Entah kenapa, hati sayu teringatkan Ibu dan Ayah yang jauh berada di kepulauan Borneo sana. Hanya lah nukilan coretan ini tempat ku salurkan rasa kerana ku tahu ku tak mampu menahan airmata rasa rindu kepada mereka dalam corong telefon, ku bimbang esak tangis ku menggangu lena tidur mereka. Tak ku sanggup menyedihkan malah menitiskan airmata mereka walau setitik...

Ya Allah rintihan hati anak perantau ini, doaku dan impianku kepada Ibu dan Ayahku tercinta.. Wahai Ibu dan Ayahku tercinta kini anakmu bergelut di medan peperiksaan dunia, hanya doa dari kalian sumber kekuatanku. Hanya Allah yang tahu kerinduan ku kepada kampung halaman ku namun aku perlu menjadi kuat, mana mungkin seorang mujahidah itu menjadi lemah dek kerana rasa hati rindu sedangkan ada perjuangan dan amanah yang masih menuntut untuk dipenuhi, Ibu dan Ayah ku anak mu ini ingin mengecapi kejayaan dunia dan akhirat agar di akhirat sana aku dapat melihat senyuman kalian di alam janah. Doakan lah anakmu berjaya dalam jalan yang ditempuhinya, hanya angin lalu yang tahu rasa rindu di hati yang mengunung namun aku perlu kuburkan demi amanah yang perlu dilangsaikan.

Ibu dan Ayah doakan anak mu di sini, insyaAllah doakan kita bersama di hari kemenangan Islam pada syawal nanti.. ampunkan dosa anak mu ini. Aku mencintai kalian kerana kalian anugerah terbaik buat ku dariNya..

Isnin, 14 Mac 2011

BUMI ALLAH SWT...


Indahnya hidup bermusafir..
Semua makhluk Musafir di Bumi ini..
Bila melihat keindahan dunia
Hati mudah lalai..

Inikah penghujung hidupKu..
Disinikah matiku...
Kekalkah keindahan ini..


Bila mana Azab Allah melanda..
Bangunan Megah Melangit tiada daya..
Tsunami Jepun sebagai tanda..
Manusia itu hanyalah hamba..

Jauh kakiku melangkah..
Bermusafir di negeri Singa..
Dikala Tsunami Melanda dunia..
Manusia di bumi lain terlena..

Itu bukan bumi ku,
kenapa aku perlu lara..


Namun hakikatnya..
Azab Allah tidak berpetanda..
Bila melanda hancur musnahlah Harta..
Manusia hanya mampu terhiba..


Ingatlah teruslah berjuang di dunia...
Biarlah mati ada hikmahnya ...
Berbekalkan amalan dakwah..
Kerana Aku Musafir di bumi Allah..