
Hadis Sahih Riwayat Muslim.


TAKLIFAN sinonim digunakan bagi mengambarkan tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepada hamba Allah untuk memegang sesuatu jawatan bahkan dari sekecil semut mahupun sebesar gajah. Bukan mudah untuk menerima tanggungjawab dan amanah kira setiap satuny akan dihitung diakhirat sana, samaada berjaya atau tidak melaksanakannya atau tidak. Taklifan boleh menjadi bonus mahupun kerugian diakhirat sana.
.Teringat daku setiap kali menerima taklifan, hati sering rasa tidak yakin pada diri berusaha untuk menolak dan kebiasaanya akan diringi dengan tangisan. Tapi semuanya pasti ada hikmah atas segala ketetapan yang Allah berikan dan kena menerima juga tanggungjawab. Sahabat-sahabat sering berkata taklifan perlu dipikul untuk kemaslahatan bagi memastikan orang yang sepatutnya berada di tempat pimpinan bagi mengelakkan mudarat bila yang bukan “ahlinya” memegang amanah.
Daripada Abu Zar katanya: Aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Tidakkah engkau mahu melantikku?”. Baginda menepuk bahuku dan bersabda: “Wahai Abu Zar, sesungguhnya engkau ini lemah sedangkan jawatan adalah amanah. Pada hari akhirat nanti ia adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya “. (Sahih Muslim, kitab Al Imarah)
Namun, dalam memikul amanah ini bukan calang-calang orang yang mampu untuk mengarunginya sehingga ke garisan penamat. Diri ini juga sering kecundang dalam melaksanakan amanah dengan sebaiknya. Lumrah, kerana akujanji ku kepada Allah dalam syahadah ku, ku teruskan juga langkah dan bukannya aku bersifat tamakkan jawatan tapi kerana bimbangkan mudarat dan kerana agamaku, ku terima taklifan yang banyak dalam satu masa. Berat namun insyaAllah sahabat-sahabat seperjuangan dan kekuatan dari Allah yang akan menghasilkan kekuatan luar biasa.
Bila ku merenung hakikat kejadian air yang mengalir laju disebalik batuan sungai, hidup seorang daie tidak pernah mengenal garisan penamat walaupun diwarnai dengan mehnah dan tribulasi. Bukan sahaja memenuhi tuntutan amanah namun yang menjadi ujian terbesar adalah memastikan hak sesama manusia terjaga dan hati sesama sahabat terutamanya terpelihara. Inilah ujiannya bila kadang-kadang diri tidak mampu menjaga hati semua orang. Hanya ucapan maaf dan keampunan daripada Allah yang mampu dilakukan.
Alhamdulillah perlu optimis dan bekerja keras kerana segalanya insyaAllah ada hikmah kerana percaturan Allah itu Maha Indah dan dunia hanya sementara manfaatkan segalanya untuk mengumpul bekalan amal sebanyaknya. Duhai sahabat seakidahku;
'Aku kasihi sahabat ku dgn segenap jiwaku. Sahabat yang baik seiring dengan ku dan menjaga nama baik ku ketika ku hidup atau selepas mati. Ku hulurkan tangan kepada sahabat ku untuk bekalan kerana ku merasa senang. Semakin ramai sahabat, semakin ku percaya diriku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tak luntur baiknya dan aku akan setia padanya'



Satu fakta yang jelas dan perlu disedari oleh rakyat apatah lagi lebih mudah untuk dijelaskan oleh orang-orang tua, ibu-bapa di rumah berbanding para mahasiswa/i yang arif dan rutin hariannya berkepit dengan buku-buku dan teori-teori ekonomi adalah tentang kenaikan kos minyak mentah Ron97 yang naik 15 sen kepada RM2.30 seliter, tarif elektrik 7.12 % melalui penggunaan melebihi RM77 ataupun 2.23 sen/kilowatt-jam (kWj) dan gula naik 20 sen/kg kepada RM2.10/kg. Orang-orang kampung akan lebih menyedari akan hakikat ini kerana setiap impak kepada kesan kenaikan kos barang-barang penggunaan ekonomi akan memberi kesan dekat kepada pengguna barang dan perkhidmatan atau rakyat Malaysia khususnya.
Kenapakah Malaysia turut mendapat kesan kenaikan harga minyak dunia? Sedangkan makcik-makcik di kampung pun mengetahui bahawa Malaysia antara pengeksport utama minyak dunia iaitu jika dilihat kepada nilai eksport minyak kelapa sawit pada tahun 2003 berjumlah RM 26.15 bilion ketika harga purata minyak sawit mentah berada pada paras RM 1,544 satu tan. Hari ini, Malaysia menyumbang anggaran 50 peratus daripada pengeluaran minyak sawit dunia dan anggaran 60 peratus daripada jumlah dagangannya. Sepatutnya harga minyak Malaysia boleh menjadi murah kerana dari segi teori ekonomi penawaran yang tinggi dapat merendahkan harga namun hakikatnya minyak jenis tapis tidak digunakan dalam negeri kerana berkualiti tinggi serta harga lebih mahal dan lebih menguntungkan jika dieksport. Oleh itu, Malaysia mengimport minyak jenis lain yang harganya lebih rendah untuk kegunaan tempatan. Dengan ini Malaysia mendapat keuntungan dengan mengeksport minyak yang lebih mahal dan mengimport minyak yang lebih murah.
Apabila harga minyak dunia naik, secara tidak langsung Malaysia turut menaikkan harga minyak tempatan dan akhirnya rakyat terbeban kerana kenaikan harga minyak ini memberi kesan rantaian kepada kenaikan kos atau tarif penggunaan elektrik dan penghasilan bahan asas seperti gula. Kenyataan Prof Madya Wook Endut Pensyarah Ekonomi UKM menyatakan bahawa kesan kenaikan harga minyak secara tidak langsung menyebabkan kenaikan harga elektrik dan gula kerana minyak sebagai bahan asas dalam operasi perkilangan, pemprosesan dan perkhidmatan.
Kenyataan kerajaan bahawa kenaikan tarif elektrik 7.12 % melalui penggunaan melebihi RM77 ataupun 2.23 sen/kilowatt-jam (kWj) tidak akan membebankan rakyat bawahan memang sangat tidak benar dari segi teori atau pengkajian ekonomi kerana hakikatnya kilang yang beroperasi dan menggunakan tenaga elektirk yang banyak dan terkesan pada dasar harga baru ini akan memindahkan beban kos operasi dengan menaikkan harga output barang dan perkhidmatan yang dihasilkan lalu kesan akhirnya akan kembali kepada pengguna juga.
Jika kerajaan ingin menaikan harga gula bagi mendidik rakyat menjaga kesihatan dan mengurangkan kencing manis mengapakah dasar ini tidak diamalkan sejak dulu lagi sedangkan semua mengetahui hakikat bukan mudah menjadikan bahan makanan ruji rakyat tempatan berubah daripada gula kepada madu ataupun secara analoginya daripada beras kepada gandum. Mampukah rakyat terdidik, pastinya tidak, kesannya permintaan gula tetap akan naik, keuntungan pengeluar akan meningkat namun rakyat makin tertindas.
Apakah langkah yang proaktif bagi mengatasi permasalahan ini? Pelaksaanaan sistem perniagaan yang berdasarkan slogan "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan" sepatutnya direnung kembali sejauh mana realitinya ataupun hanya sekadar retorik. Perniagaan berlandaskan Syariat Islam perlu diimplimentasikan secara membumi dengan mengkuburkan sistem kapitalis yang menyengat dan mencekik hidup rakyat. Alternatif yang dicadangkan oleh Tim.Ketua Dewan Muslimat jiga boleh diperpanjangkan iaitu menghentikan pampasan kepada syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP) dab syarikat konsensi tol setiap tahun agar kos ini dapat disalurkan kepada penjanaan subsidi kepada rakyat.


