Rabu, 12 Oktober 2011

BUJET 2012 dimanakah KITA???..


Saban tahun sebelum menjelang tahun yang seterusnya rakyat yang cakna kepada perkembangan ekonomi negara serta pelaksanaan janji setia kerajaan yang memerintah akan menantikan pembentangan bajet bagi melihat sejauh mana parti pemerintah menunaikan tuntutan mereka.

Setelah 53 bajet, 10 Rancangan Malaysia, 3 Rangka Rancangan Jangka Panjang yang maisng-masing berpayung dalam Dasar Ekonomi Baru, antara 1971-1990 Dasar Pembangunan Nasional meliputi 1990-2000 dan Dasar Wawasan Nasional yang menunjangi 2001-2010 kini bajet 2012 kini telah dibentangkan untuk menjadi akta pada 7 oktober 2011.

Berpaksikan kepada tema “Bajet membela rakyat, Mensejahtera negara” pasti akan tercetus suatu harapan yang positif di setiap minda masyarakat yang bertaraf warganegara Malaysia sama ada mereka adalah petani di bendang, peniaga, pekerja professional, nelayan malahan rakyat berstatus mahasiswa, akan sejauh mana mereka mendapat manfaat dan kebajikan mereka akan terbela.

Berdasarkan angka yang besar iaitu sebanyak 232.8 billion ringgit Malaysia bagi pelaksanaan bajet ini pastinya impak yang berkesan diharapkan bagi kebajikan keseluruhan rakyat. Jika dilihat daripada prospek mahasiswa antara keutamaan yang ingin ditekankan adalah sejauh mana tuntutan-tuntutan mereka memberi makna dalam peruntukan kewangan induk ini antaranya, pemansuhan AUKU yang dilihat ianya sering menyekat pergerakan mahasiswa dan membantutkan kematangan mahasiswa. Selain itu pemansuhan 1% dalam pinjaman PTPTN,pemberian PTPTN mengikut zon, kebebasan bersuara dan kebebasan berakademik, autonomi kampus dan sebagainya.

Tarikan kepada mahasiswa hanyalah berupa peruntukan baucar sebanyak RM200 kepada semua pelajar warganegara Malaysia di IPTA dan IPTS tempatan, matrikulasi dan pelajar tingkatan enam di seluruh Malaysia yang diharapkan memberi manfaat kepada 1.3 juta pelajar yang secara totalnya bernilai 260 juta ringgit. Implimentasi baucar ini diharap sampai ke akar umbi tanpa sebarang diskriminasi dan birokrasi di kampus.

Hakikatnya respon-respon positif berupa keuntungan material daripada perspektif ekonomi didengar berkaitan bajet ini misalnya Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, keseluruhan Bajet 2012 mencerminkan inisiatif kerajaan untuk mencapai keseimbangan dalam menguruskan isu berkaitan rakyat, kitaran dan struktur. Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Bank-Bank di Malaysia menambah, persekitaran ekonomi global semasa yang mencabar dan risiko terhadap permintaan luaran memerlukan dasar makro ekonomi domestik untuk menyokong permintaan dalaman, terutamanya perbelanjaan pengguna dan perniagaan. Selain pandangan ahli-ahli karporat lain misalnya Pengarah Urusan Kumpulan MIDF, Datuk Mohd. Najib Abdullah berkata, beliau optimistik Bajet 2012 akan membantu Malaysia menghadapi kelembapan permintaan luar.

Namun nilai yang lebih bererti tanpa aspek material semata-mata ialah sejauh mana peranan kerajaan dalam memperuntukkan wang bagi membantu menangani masalah sosial rakyat tak terkecuali belia iaitu golongan mahasiswa. Pandangan NGO misalnya pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudahatus Sakinah, Pertubuhan Darul Islah Malaysia (Perkid Malaysia) dan Rumah Puteri Arafiah iaitu NGO Islam yang aktif dalam kerja-kerja mencegah dan merawat golongan yang terjebak dalam masalah sosial seperti hamil luar nikah, penyalahgunaan dadah dan keganasan rumah tangga.kena diambil berat. Penyesalan mereka utarakan antaranya luahan Pengerusi Lembaga Pengarah Induk (LPI) Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah yang meminta usaha komprehensif dan intensif berupa kewangan bagi membantu usaha amal maaruf nahi mungkar dalam mengatasi masalah sosial dan gejala maksiat yang semakin menyubur dan membimbangkan.

Sesungguhnya sebagai mahasiswa dan individu muslim khususnya dan manusia yang inginkan keamanan jasmani dan rohani penekanan kepada aspek kemakmuran rohani dan sosial menjadi intipati utama bagi memberi hasil yang positif dalam menikmati pembangunan ekonomi. Berdasarkan kepada firman Allah SWT ;
“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan “.

(Surah Al-Qasas ayat 77)
Maka, Bajet 2012 bukan sahaja bajet secara fizikal tapi diharapkan membawa makna yang tersirat bagi memenuhi tuntutan rohani dan kemanusiaan yang menjurus kepada perintah Allah SWT sesuai sebagai taraf khalifah Allah SWT yang memerintah bumi.

Khamis, 4 Ogos 2011

DIARY RAMADHAN


SALAM RAMADHAN...


Akhirnya keinginan untuk menulis dalam bloq berkaitan dengan kisah ramadhan yang aku alami menjadi, bila di awal pagi barakah ramadhan ke-5 diberi kekuatan kepada jari-jari dan minda ini untuk mengarang. Ceritera ramadhan, mungkin tidak menarik bagi sesetengah orang tapi ingin juga ku nukilkan sebagai tatapan diriku, moga ramadhan kali ini, lain ckit..... Ramdhan yang sama natijah berbeza. (^_^).


Dari abu hurairah: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Allah berfirman: Segala amal bakti anak Adam adalah untuknya, kecuali amalan puasa, maka ia adalah untukKu, dan Akulah yang membalasnya.

Hadis Sahih Riwayat Muslim.

Ramadhan 1 : 1 Ogos 2011 ( 1Ramadhan 1432 H) puasa pertama sangat teruja, makan sahur ala kadar memang bujet berabis hanya makan nasi putih dan baki lauk daging di siang hari. Sebenarnya tak tahu pun lauk daging tu datang dari mana, kawan serumah kata makan ja dah rezeki. Alhamdulilah. Itu cerita bab sahur bab aktiviti harian pula, adalah mencabar diri kes "berani mati" time ni juga pakat-pakat sahabat serumah berpindah rumah. Memang luar biasa boleh angkut - mengangkut barang dan membersihkan rumah untuk pindah ke rumah baru tanpa lelah. Alhamdulilah kuasa Allah.

Ramadhan 2 : 2 Ogos 2011 harini puasa kedua, berpikir-pikir jugak apa makanan sahur harini dalam keadaan rumah yang agak serabut dan segala sumber-sumber makanan dah tiada, kerana dah diletak dirumah baru (yang masih tak boleh tinggal) alhamdulilah makan sahur ala kadar bersama-sama sahabat serumah, alhamdulilah dapat makan mee kari masakan teman serumah. Sebenarnya tak makan mee kari memang tak suka, tapi disebabkan hidup merantau dan tidak boleh cerewet akhirnya telan juga. Alhamdulilah hampir licin. Memang power masakan sahabat, mesti kerana kasih sayang akhirnya bisa mencairkan selera saya yang agak memilih makanan. Kalau mak saya tahu saya makan mee kari tanpa merungut mest dia akan bersyukur, heheh. Kali ni seharian berada di UKM untuk program Pesta Konvo disamping belajar mengawal emosi untuk menjadi lebih ceria. Kali ni masjid UKM menjadi destinasi berbuka.

Ramadhan 3 : 3 ogos 2011. Harini puasa dalam keadaan mencabar diri bersahur menu bujet, seperti biasa (ops! lupa menu)... Namun harini merupakan hari yang haru biru jugak kerana harini sahabat serumah yang antara terapat, ayu telah balik ke kampung, Penang syahdu jugak sebenarnya namun tak tunjuk sangat. Namun pristiwa paling tragis bila kena saman oleh pak guard UKM pertama kalinya sepanjang mengaji di UKM kerana silap parking motor (antara rama-ramai saya juga yang kena) dan yang paling mengharukan makanan berbuka dicuri oleh monyet-monyet UKM yang memang "sporting" berabis. Mungkin "mereka" juga berpuasa. (^_^)

Ramadhan 4 : 4 Ogos 2011. Kali ini bersahur juga dalam menu bujet juga alhamdulilah dapat kurma, roti free daripada sahabat serumah. Seharian berada di UKM untuk program PESTA KONVO, mengira dan melihat duit. Akhirnya dekat iftar bergegas balik ke rumah dalam keadaan hujan yang tersangat lebat "merempit" menggunakan "isteri pertama" adik junior. Memang kehujanan, sampai rumah kepala menjadi tidak stabil ditambah dengan sahabat-sahabat serumah yang berpakat balik kampung akhirnya tumpas melakukan tarawe secara infiradi. Tidak sedarkan diri sampai pukul 3 pagi dan akhirnya menyebabkan sahabat-sahabat PESTA KONVO kecewa dengan saya kerana tidak datang meting malam itu, maafkan saya harap mereka akan memahami. (*_*)

To Be Continue....

"Aku berlindung padaMu ya Allah daripada amal yang tidak diterima" Ameen ya Rabb....


Selasa, 19 Julai 2011

TAKLIFAN

TAKLIFAN sinonim digunakan bagi mengambarkan tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepada hamba Allah untuk memegang sesuatu jawatan bahkan dari sekecil semut mahupun sebesar gajah. Bukan mudah untuk menerima tanggungjawab dan amanah kira setiap satuny akan dihitung diakhirat sana, samaada berjaya atau tidak melaksanakannya atau tidak. Taklifan boleh menjadi bonus mahupun kerugian diakhirat sana.

.

Teringat daku setiap kali menerima taklifan, hati sering rasa tidak yakin pada diri berusaha untuk menolak dan kebiasaanya akan diringi dengan tangisan. Tapi semuanya pasti ada hikmah atas segala ketetapan yang Allah berikan dan kena menerima juga tanggungjawab. Sahabat-sahabat sering berkata taklifan perlu dipikul untuk kemaslahatan bagi memastikan orang yang sepatutnya berada di tempat pimpinan bagi mengelakkan mudarat bila yang bukan “ahlinya” memegang amanah.

Daripada Abu Zar katanya: Aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Tidakkah engkau mahu melantikku?”. Baginda menepuk bahuku dan bersabda: “Wahai Abu Zar, sesungguhnya engkau ini lemah sedangkan jawatan adalah amanah. Pada hari akhirat nanti ia adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya “. (Sahih Muslim, kitab Al Imarah)

Namun, dalam memikul amanah ini bukan calang-calang orang yang mampu untuk mengarunginya sehingga ke garisan penamat. Diri ini juga sering kecundang dalam melaksanakan amanah dengan sebaiknya. Lumrah, kerana akujanji ku kepada Allah dalam syahadah ku, ku teruskan juga langkah dan bukannya aku bersifat tamakkan jawatan tapi kerana bimbangkan mudarat dan kerana agamaku, ku terima taklifan yang banyak dalam satu masa. Berat namun insyaAllah sahabat-sahabat seperjuangan dan kekuatan dari Allah yang akan menghasilkan kekuatan luar biasa.

Bila ku merenung hakikat kejadian air yang mengalir laju disebalik batuan sungai, hidup seorang daie tidak pernah mengenal garisan penamat walaupun diwarnai dengan mehnah dan tribulasi. Bukan sahaja memenuhi tuntutan amanah namun yang menjadi ujian terbesar adalah memastikan hak sesama manusia terjaga dan hati sesama sahabat terutamanya terpelihara. Inilah ujiannya bila kadang-kadang diri tidak mampu menjaga hati semua orang. Hanya ucapan maaf dan keampunan daripada Allah yang mampu dilakukan.

Alhamdulillah perlu optimis dan bekerja keras kerana segalanya insyaAllah ada hikmah kerana percaturan Allah itu Maha Indah dan dunia hanya sementara manfaatkan segalanya untuk mengumpul bekalan amal sebanyaknya. Duhai sahabat seakidahku;

'Aku kasihi sahabat ku dgn segenap jiwaku. Sahabat yang baik seiring dengan ku dan menjaga nama baik ku ketika ku hidup atau selepas mati. Ku hulurkan tangan kepada sahabat ku untuk bekalan kerana ku merasa senang. Semakin ramai sahabat, semakin ku percaya diriku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tak luntur baiknya dan aku akan setia padanya'

Ahad, 12 Jun 2011

Sucinya Anak Soleh Itu.

Alhamdulilah....

Akhirnya, selesai dengan jayanya program Kem Anak Soleh, Masjid Hasanah, BBB atau lebih dikenali sebagai Masjid hijau. Program ini berlangsung dua hari satu malam sahaja, walaupun sungguh singkat tapi sangat bermakna. Inilah pengalaman pertama ku menjadi fasilitator kem fardu ain kepada adik-adik lelaki tapi belum baliqh ya masih dalam usia 7 dan 8 tahun. Pelbagai sifat dan keletah yang mencuit hati dan menghiburkan dengan celoteh, keaktifan, kebijaksanaan dan ketaatan semestinya kerana mereka semua soleh-soleh insyaAllah.


Ammar masih berumur enam tahun antara adik-adik kumpulan ku, walaupun enam tahun namun pasti malu bila mengetahui yang kanak-kanak ini jarang ponteng solat berjemaah di masjid pada waktu pagi. Inilah antara adik yang sangat aktif dengan cerita nya yang bermacam tapi dia ni sangat unik kerana sangat sensitif dengan benda-benda yang tak elok macam membuang sampah walaupun hakikatnya dia paling muda dalam kumpulan ni, baru mencecah 7 tahun. Sangat rajin dan cute dan aktif. Pernah sekali dia menangis kerana dimarah oleh kanak-kanak yang lebih dewasa daripada dia, dia datang mendekat dan menangis di bahu, aku rasa sangat terharu ibarat mengendong adik sendiri walaupun aku ni anak bongsu tiada adik.


Nik, Iqbal, Afiq pendiam kadang-kadang tapi kalau bab main mereka nombor 1 menjuarai, tidak banyak cakap dan mudah menurut dan senang diurus. Iman pula sangat pemalu dan sangat susah nak dengar dia bercakap tapi sangat manis senyumannya dan sangat jelas sebutan serta bacaan al-qurannya.. Muka pun ala-ala arab.

Haziq pula otai kumpulan kalau bab bermain sangat hyper aktif tapi seperti biasa menurut perintah tapi yang paling selalu menghilangkan suara ku dan menguji tahap vokal ku menjerit tak lain tak bukan hazriq la.


Yang paling "romantik" dan charing adalah Firdaus ni yang sangat ku ingati dan mampu buat aku terharu dan menangis, antara ayat yang masih aku ingat yang diperkatakan oleh kanak-kanak berumur 8 tahun ini ialah "Ustazah kalau saya tengok belakang dan cari ustazah, ustazah jangan jalan tau ustazah mesti berada di belakang saya dan dekat dengan saya tau, janji" huhu terharunya ayat yang lain pula "Ustazah kalau bawa motor jangan merempit tau, janji" dan yang paling last dan yang akan diingati dan mudah-mudahan dimakbulkan ialah "Ustazah nanti saya nak ikut lagi kem ni dan waktu tu ustazah mesti ada tau, janji"... Sob.. Sob macam mau nangis ja tapi kena menahan tak boleh mudah cair dan akhirnya perpisahan dibekalkan dengan pemberian nombor phone dan nama FB dengan harapan kanak-kanak berumur 8 tahun ni menghubungi ku.. Syahdu nya apabila dia menyalami ku, lihat kemerahan di matanya menahan titisan jernih dia cuba menyembunyikan perasaan sedih itu tapi aku tahu.

Namun, yang paling kerap "melekat" dan digelar sebagai "anak" ku adalah Faiz sangat manja teringat lagi dia ni sangat suka meminjam handset ku untuk bermain games.. huhu dan apabila demam duduk nak juga duduk diatas ribaan ku fasi-fasi yang lain hanya mampu melihat dengan senyuman.

YaAllah, sangat suci dan menenangkan wajah kanak-kanak kecil soleh in dengan keaktifan serta penguasaan fardu ain mereka yang agak mantap jika dilihat pada usia mereka. Wajah mereka tenang kerana hakikatnya mereka masih suci dari dosa. Aku merasakan ketenangan dan kegembiraan itu setelah pada minggu sebelumya hatiku kusut dengan masalah akademik ku. Alhamdulilah Allah berikan peluang ini. Walaupun penat dengan telatah mereka namun aku merasakan kepuasan dan keasyikan aku megharapkan rahmat Allah atas amal ini.

Ketika hendak kembali ke rumah mendapat lagi nikmat makan aiskrim roti free di restoran Nu-In malu rasanya dengan nikmat ini dengan usaha yang diberikan tidak sesempurna mana. Moga kenangan ini memberi seribu kebaikan diakhirat sana.. Sangat merindukan "mereka wajah suci itu"..

Rabu, 1 Jun 2011

Harga Minyak, Tarif Elektrik, Gula naik lagi?! Apa dah jadi?!


Satu fakta yang jelas dan perlu disedari oleh rakyat apatah lagi lebih mudah untuk dijelaskan oleh orang-orang tua, ibu-bapa di rumah berbanding para mahasiswa/i yang arif dan rutin hariannya berkepit dengan buku-buku dan teori-teori ekonomi adalah tentang kenaikan kos minyak mentah Ron97 yang naik 15 sen kepada RM2.30 seliter, tarif elektrik 7.12 % melalui penggunaan melebihi RM77 ataupun 2.23 sen/kilowatt-jam (kWj) dan gula naik 20 sen/kg kepada RM2.10/kg. Orang-orang kampung akan lebih menyedari akan hakikat ini kerana setiap impak kepada kesan kenaikan kos barang-barang penggunaan ekonomi akan memberi kesan dekat kepada pengguna barang dan perkhidmatan atau rakyat Malaysia khususnya.

Kenapakah Malaysia turut mendapat kesan kenaikan harga minyak dunia? Sedangkan makcik-makcik di kampung pun mengetahui bahawa Malaysia antara pengeksport utama minyak dunia iaitu jika dilihat kepada nilai eksport minyak kelapa sawit pada tahun 2003 berjumlah RM 26.15 bilion ketika harga purata minyak sawit mentah berada pada paras RM 1,544 satu tan. Hari ini, Malaysia menyumbang anggaran 50 peratus daripada pengeluaran minyak sawit dunia dan anggaran 60 peratus daripada jumlah dagangannya. Sepatutnya harga minyak Malaysia boleh menjadi murah kerana dari segi teori ekonomi penawaran yang tinggi dapat merendahkan harga namun hakikatnya minyak jenis tapis tidak digunakan dalam negeri kerana berkualiti tinggi serta harga lebih mahal dan lebih menguntungkan jika dieksport. Oleh itu, Malaysia mengimport minyak jenis lain yang harganya lebih rendah untuk kegunaan tempatan. Dengan ini Malaysia mendapat keuntungan dengan mengeksport minyak yang lebih mahal dan mengimport minyak yang lebih murah.

Apabila harga minyak dunia naik, secara tidak langsung Malaysia turut menaikkan harga minyak tempatan dan akhirnya rakyat terbeban kerana kenaikan harga minyak ini memberi kesan rantaian kepada kenaikan kos atau tarif penggunaan elektrik dan penghasilan bahan asas seperti gula. Kenyataan Prof Madya Wook Endut Pensyarah Ekonomi UKM menyatakan bahawa kesan kenaikan harga minyak secara tidak langsung menyebabkan kenaikan harga elektrik dan gula kerana minyak sebagai bahan asas dalam operasi perkilangan, pemprosesan dan perkhidmatan.

Kenyataan kerajaan bahawa kenaikan tarif elektrik 7.12 % melalui penggunaan melebihi RM77 ataupun 2.23 sen/kilowatt-jam (kWj) tidak akan membebankan rakyat bawahan memang sangat tidak benar dari segi teori atau pengkajian ekonomi kerana hakikatnya kilang yang beroperasi dan menggunakan tenaga elektirk yang banyak dan terkesan pada dasar harga baru ini akan memindahkan beban kos operasi dengan menaikkan harga output barang dan perkhidmatan yang dihasilkan lalu kesan akhirnya akan kembali kepada pengguna juga.

Jika kerajaan ingin menaikan harga gula bagi mendidik rakyat menjaga kesihatan dan mengurangkan kencing manis mengapakah dasar ini tidak diamalkan sejak dulu lagi sedangkan semua mengetahui hakikat bukan mudah menjadikan bahan makanan ruji rakyat tempatan berubah daripada gula kepada madu ataupun secara analoginya daripada beras kepada gandum. Mampukah rakyat terdidik, pastinya tidak, kesannya permintaan gula tetap akan naik, keuntungan pengeluar akan meningkat namun rakyat makin tertindas.

Apakah langkah yang proaktif bagi mengatasi permasalahan ini? Pelaksaanaan sistem perniagaan yang berdasarkan slogan "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan" sepatutnya direnung kembali sejauh mana realitinya ataupun hanya sekadar retorik. Perniagaan berlandaskan Syariat Islam perlu diimplimentasikan secara membumi dengan mengkuburkan sistem kapitalis yang menyengat dan mencekik hidup rakyat. Alternatif yang dicadangkan oleh Tim.Ketua Dewan Muslimat jiga boleh diperpanjangkan iaitu menghentikan pampasan kepada syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP) dab syarikat konsensi tol setiap tahun agar kos ini dapat disalurkan kepada penjanaan subsidi kepada rakyat.

Sabtu, 21 Mei 2011

PERANG BADAR DALAM DIRI...

NAFSU....

Selepas berlaku satu peperangan, Rasulullah SAW pernah berkata, "Kita baru sahaja lepas daripada satu peperangan kecil." Sahabat-sahabat Rasulullah SAW menjadi hairan lalu bertanya, "Apakah perang kecil yang telah berlaku itu? Bukankah ramai jiwa yang melayang kerana peperangan itu, ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab, "Ya, itu adalah satu peperangan kecil. Kita akan menghadapi satu peperangan yang lebih besar iaitu perang melawan hawa nafsu yang sentiasa mengoda diri kita."

Benarlah kata Rasulullah SAW dan tiadalah yang tidak benar atas segala Sabda baginda kekasih Allah yang agung. Kadang-kadang ibarat musim yang berlalu dan saling berganti begitulah juga keadaan iman di dada yang turun naik dan kadang-kadang tumpas dengan godaan hawa nafsu. Bimbang bila sekali terjebak dalam lembah dosa dan kemaksiatan akan terus hanyut dan lena asyik dengan tipu daya permainan syaitan.

Bermakna dan amat dalam sabda Rasulullah SAW akan bahaya nafsu mazmumah jika hidup subur dalam diri apatah lagi dalam hati sehingga menghasilkan karat dan terasa indah dengan maksiat. Risau dan bimbang dengan diri hakikatnya ujian syaitan itu makin kuat dan dahsyat kepada mereka yang memberi nasihat, bila sekali tumpas hanya Allah tempat kembali yang abadi dan pengubat yang ampuh.

Apatah lagi bila diri yang lemah terlena dengan tipu daya pujuk rayu syaitan. Bila rasa terbuai dengan pujian makhluk rasa disayangi oleh sang kumbang, sehingga lupa dan hati terlena dan asyik. YaAllah tiada kemampuan diri ini yang hina lagi lemah melainkan dengan petunjukMu.

Hanya Allah maha menyimpan aib hamba-hambaNya. Rasulullah SAW bersabda :
"Perangilah nafsu kamu dengan berlapar dan dahaga kerana pahalanya adalah seperti pahala orang yang berjihad di jalan Allah dan bahawa tidak ada amalan yang lebih disukai Allah selain daripada lapar dan dahaga."

Zun Nun al Masri berkata:

"Aku tidak pernah kenyang kerana kalau kenyang aku melakukan maksiat atau ingin melakukannya."

Tersentak aku atas sabda dan mutiara kata ini. Betul-betul terkena pada diri..

Moga Allah bagi kesempatan pada diri membersihkan dosa dan noda... Ameen...

Selasa, 17 Mei 2011

MANISNYA HUJAN ITU...


Alhamdulilah....

Hati bertahmid melafazkan kesyukuran atas pengalaman berharga hari ini. Alhamdulilah hari ini sebenarnya hari cuti umum sempena "Wesak Day" dan kalau dah cuti umum tu maksudnya semua orang akan cuti la kan... Namun, hidup seorang hamba Allah tidak pernah mengenal cuti dari perjuangan dan pengabdian diri pada Allah... Demi kerana persahabatan dan kewajipan dengan jasad yang satu dan roh yang tunggal kena melakukan banyak kerja dalam satu masa. Mustahil?? sehari ataupun sejam kena melaksanakan lebih daripada satu perkara..

Tidak, tidak akan mustahil kalau minda mengatakan "Ya! Aku boleh!".. Rutin ku hari ini dipenuhi dengan perkara yang bermanfaat dan indah. Seawal dhuha telah menghadiri meting untuk kerja sambilan. Agak-agak meting habis sebelum pukul 11 am kerana dah berjanji dengan kawan untuk ke HUKM melawat ayah yang baru selesai "operation", namun meting meleret
akhirnya lambat hampir 30 minit kemudian bergegas dari UKM ke HUKM melalui ktm dan lrt...

Sampai hospital rasa tidak mahu pulang kesukaan melihat suasana hospital dan keramahan pesakit 1 malaysiala katakan kerana ada yang melayu,cina dan india. Semua peramah walaupun hakikatnya tengah menderita sakit. Tidak seperti orang biasa saya sangat suka bau ubat-ubatan teruja seperti ingin meneruskan pengajian disini. InsyaAllah. Biarlah ini bukan lawatan pertama dan terakhir ke HUKM.

Alhamdulilah selesai menziarah, keputusan "on the spot" meneruskan pengembaraan ke Shah Alam bagi mengikuti program Konvensyen Mahasiswa Semalaysia. Sebenarnya tidak disangka keputusan "last minute" ni menghasilkan input yang sangat besar dan gempak. Antara pengisian yang "sempat" (kena bergegas ada di UKM kerana ada meeting) dalam masa 3 jam di konvensyen adalah "The Power Of Mind" oleh Prof Dr Muhaya.. Hakikatnya kena optimis, yakin pada diri, dengan aplikasi "Thought, Feel, Action, Result" dan hasilnya pasti meletop.. InsyaAllah dengan hanya memandang pandangan Allah mengatasi segalanya.



Akhirnya, "rushing" kembali ke UKM dan merendah hujan dengan menaiki motor ulang- alik KTM,UKM, dalam UKM kerana sahabat. Sakitnya muka kena hujan namun terasa manis kerana hakikatnya aku merasakan pengalaman ini. Ada nilainya disisi Allah InsyaAllah....

Alhamdulilah, syukur kerana takdir ku begini ya Allah. Manisny ukhuwah,persahabatan,pengalaman, dan cabaran itu dan paling penting penat lelah itu.

Allah SWT berfirman "Maka bertasbihlah dengan menyebut nama Tuhanmu Yang Mahabesar" (Surah Al-Waqiah : 96)

SubhanAllah, Alhamdulilah, Allahuakhbar!! (^_^)