Rabu, 2 Februari 2011

NEKAD!!! ..






Semalaman aku teruja terbayang-bayang pengalaman yang indah yang bakal ku coretkan dalam perhimpunan protes Selamatkan Mahasiswa Malaysia di Mesir yang akan berlangsung di Wisma Putra, Putrajaya. Jam sedang menghampiri pukul1 pagi aku masih aktif berhubung dengan sahabat-sahabat ku berbincang tentang isu rusuhan di Mesir.

Minatku amat membuak dan mekar bagi medalami isu kebangkitan di Mesir, dan akhirnya menyingkap sejarah kebangkitan masyarakat di Mesir yang akhirnya terus menjalar ke Yaman, Jordan, Tunisia, yang bangkit dengan irama yang sama, bangkit menentang kezaliman. Semangat ku membara terkesan dengan perjuangan pemuda/i Islam di Timur Tengah yang bersatu menentang kezaliman dengan harapan yang terus subur yakin dan pasti ISLAM PASTI AKAN MENANG.

Awal pagi lagi ku persiapkan diri untuk bergerak ke WISMA PUTRA, PUTRAJAYA menyahut seruan jihad untuk memprotes tindakan kerajaan yang lambat menghantar bantuan kepada mahasiswa Malaysia di Mesir. Perancangan di atur bergerak awal pukul11 pagi dari UKM sedangkan program bermula jam 2 petang, kerana perjalanan menggunakan kenderaan awam perlu perancangan yang rapi.

Alhamdulilah Allah bagi kemudahan ada sahabat yang menawarkan diri pergi sekali dengan menaiki kereta. Alhamdulilah, semangat terus mekar akhirnya hati semakin tenang bila sampai di Putrajaya. Malangnya, takdir Allah lebih indah hajat tidak kesampaian kerana kami sesat dalam deretan-deretan bangunan yang tersergam indah. Kalut hampir 1 jam setengah tidak menemui bangunan Wisma Putra. Namun semangat dan nekad diteruskan alhamdulilah sampai ke WISMA PUTRA walau hakikatnya hanya saki baki manusia berpakaian seragam polis dan kereta peronda yang kami jumpai. Namun hikmah yang indah pasti tersembunyi atas ketetapan ini.

Hati berharap perjuangan dan semangat ini akan terus mekar bagi menzahirkan dan menuntut keadilan dan kebenaran.

Syukran jazilan wa kasiran kepada sahabat-sahabat seperjuangan kerana kamulah pendamping dan pendorong semangat ku.. ukhuwahfillah :)

2 ulasan: