Isnin, 24 Januari 2011

Aku dan Mualaf...



Alhamdulilah Allah SWT bagi ku kesempatan untuk berkenalan dengan beberapa orang sahabat mualaf selama aku masih hidup dimuka bumi ini. Begitu indah percaturan hidup Allah sehingga akhirnya ku boleh menyelami hidup saudara baru Ku. Rasa sangat berminat untuk menyelami hidup mereka. Hidup mereka amat berbeza berbanding yang muslim sejak azali. Alhamdulilah mereka ditarbiyah oleh Allah dengan mehnah dan tribulasi yang menerjah dalam mereka bersendirian untuk terus istiqomah dalam Islam.

Hakikatnya rata-rata menyatakan pengalaman mereka mengucap kalimah syahadah sebagai lafaz yang amat bermakna dan amat meruntun jiwa. Namun hakikatnya, dimanakah hakikat nikmat kalimah syahadah bagi yang muslim azali, kini ibarat hanya sekadar lafaz. Astagfirulahalazim..

Bagaimana kita melihat realiti manusia kini hanya ISLAM sekadar nama namun tiada dari segi pelaksanaan nya.. Dimanakah silapnya. Hakikatnya semuanya kerana lafaz syahadah itu tidak menusuk ke hati. Hanya pada mulut dan lidah. Bila kebesaran Allah tidak hadir dalam hati beginilah jadinya. Islam hanya sekadar nama dan ibadat sahaja. Telah menjadi mereka golongan sekular pisahkan agama dari kehidupan. Ingatan untuk diri jua.

Hati ini masih lagi berhajat untuk mendekati hidup saudara baru menyelami hidup mereka dan dekat dengan mereka agar diri ini terdidik dan tahu akan kelemahan diri sebagai muslim, tanggungjwab ku terhadap saudara Ku. Kerana yang pasti dari "SIMFONI DI SEBALIK TABIR MUALAF" yang baru sahaja selesai di KUIS bagaiaman saudara baru kita ini memerlukan perhatian dan sokongan. Sama-samalah kita koreksi diri lihat ke sisi hakikatnya ada saudara baru kita yang perlu kita dekati...

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : Orang yang paling banyak mendapat manfaat drp syafaatku pada hari kiamat nanti ialah seorang yang mengucapkan kalimah la ilaha illallah dengan ikhlas didalam hatinya. (H.R Bukhari)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan