Jumaat, 25 Februari 2011

KEJADIAN KERAMAT



Siapa tahu bilakah keajaiban dan hari keramat itu berlaku melainkanNya.
Bila hati mula rasa xsedap makan, fikiran teruja merindukan kemenangan dan tanda-tanda ke arah nya semakin memuncak dalam dada.
Aku bertugas menjadi PACA NHO di Pusanika. Pengalaman pertama menjadi PACA yang senyap dan sopan kerana tiada karenah birokrasi dan penyelewangan berlaku.
Telus.. Mulus sampai aku boleh rasa terlelap time menjaga sangat jauh berbeza ketika aku menjadi PACA di ZABa. Pada ketika itu keberanian dan ketegasan memang teruji untuk menegakkan kebeNaran.

Alhamdulilah satu demi satu mesej datang melalui handset menyampaikan khabar gembira yang sahabat-sahabat seperjuangan ku menang dalam kerusi yang mereka pertandingkan. Perut mula rasa semacam, aura kemenangan semakin terasa cuma perlu bersabar.

DATARAN GEMILANG menjadi saksi perhimpuanan gelombang ungu bagi menantikan pengumuman detik kemenangan yang dinanti selama 7 tahun. Semangat semakin berkobar kerana sebelum itu berita kemenangan daripada sahabat-sahabat seperjuangan dari UM,UMK,UMS,UPSI terlebih dahulu membakar semangat kerinduan terhadap kemenangan.

Akhirnya pkul 12 tengah malam laungan TAKBIR, ALLAHUAKHBAR3X bergema. Tangisan kemenangan mengalir di setiap wajah jiwa-jiwa pejuang yang merindui kemenangan.

Alhamdulilah... akhirnya namun yang pasti harga kemenangan bukan mudah kerana Allah pasti akan menuntut pengorbanan ku harap moga ukhuwah antara sesama sahabat semakin mantap kerana kini Aku dengan taklifan Ku dan Kau juga dengan taklifan Mu sahabat. Semakin berat tanggungan moga Allah semakin sayang dan jaga KITA.

Ukhuwah fillah.. ~ moga KITA layak mendapat NIKMAT SYAHID SAHABAT~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan