Jumaat, 4 Februari 2011

KETAGIH DEMO





"Ketagih Demo" tajuk yang sangat sesuai dengan catatan ku kali ini. Perkataan ini tercetus apabila terserempak dengan us Riduan Nor dalam perjalanan pulang dari mengikuti HIMPUNAN PROTES MUBARAK BAGI MEYOKONG PERJUANGAN RAKYAT MESIR DAN PROTES CAMPUR TANGAN AS atas perjuangan rakyat Mesir.

Kalu dipikirkan bukan kali pertama aku mengikuti "demonstrasi" namun kali ini sangat berbeza berbanding yang sebelumnya. Eh silap sebelum itu mungkin istilah "demonstrasi" itu kurang sesuai namun "himpunan aman" mungkin lagi benar dan sesuai kerana hakikatnya himpunan ini diikuti ole semua lapisan masyarakat tua mahupun muda malah ada juga kanak-kanak (rujuk gambar) semua nya sehati bersetuju TOLAK MUBARAK DAN AS serta MENYOKONG PERJUANGAN RAKYAT MESIR.

Namun yang menjadi persoalan yang amat aku kesali kerana bagaimana pihak FRU dan Pak Polisi melayan "kami" tidak kira muslimat/muslimin, lelaki/perempuan seperti banduan. Mereka mengejar para rakyat yang terlibat dengan himpunan seperti singa mengejar mangsanya. Bagaimana mereka menyembur gas pemedih mata kepada peniaga jaja di hadapan tabung haji tanpa rasa bersalah (sangat geram).. Aku dan sahabat-sahabat ku ayu dan kak afifa turut terkena bahangnya sangat aku hairan kami dikejar seperti banduan dan hampir tertangkap. Kalu difikirkan apa salah kami???? Kami cuma ingin menyuarakan sokongan kepada perjuangan rakyat Mesir dan ingin memberi suntikan amaran kepada kedutaan AS bahawa kami BANTAH sekeras-kerasnya campur tangan AS ke atas saudara kami di Mesir.

Aku berfikir manusia berpakaian seragam merah dan hitam itu apa sebenarnya yang mereka perjuangkan dan arahan atasan kah yang mereka gentar atau azab Allah SWT yang patut mereka takutkan, dimana pertimbangan akal logik mereka.

Aku sangat terkesan dengan pengalaman tadi dan hakikatnya ia sangat manis barulah aku faham kenapa ustaz Riduan Nor berkata kamu pasti akan KETAGIH DEMO dan kamu pasti akan merindukannya kerana hanya mereka yang merasa pedihnya semburan gas dan laungan Takbir yang bergema akan merasakan kemanisan ini.

Sesungguhnya, telah ada tanda bagi kamu pada dua golongan yang berhadap-hadapan. Satu golongan berperang di jalan Allah dan yang lain (golongan) kafir yang melihat dengan mata kepala, bahawa mereka (golongan muslim) dua kali lipat mereka. Allah menguatkan dengan pertolonganNya bagi siapa yang Dia kehendaki. Sungguh pada yang demikian itu terdapat pelajaran bagi orang yang mempunyai penglihatan (mata hati). (surah 3:13)




2 ulasan:

  1. Demo adalah kelas yang baik untuk mendidik masyarakat.. :-)

    BalasPadam
  2. iya us sgt baik untuk mendidik jiwa cekal, keberanian, semangat tuk tegakan kebenaran.. boleh ketagih.. us kalu nak tgk gambar sekitar demo ada kat fb sy : Fatmawati Abdin :)
    syukran...

    BalasPadam