Sabtu, 21 Mei 2011

PERANG BADAR DALAM DIRI...

NAFSU....

Selepas berlaku satu peperangan, Rasulullah SAW pernah berkata, "Kita baru sahaja lepas daripada satu peperangan kecil." Sahabat-sahabat Rasulullah SAW menjadi hairan lalu bertanya, "Apakah perang kecil yang telah berlaku itu? Bukankah ramai jiwa yang melayang kerana peperangan itu, ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab, "Ya, itu adalah satu peperangan kecil. Kita akan menghadapi satu peperangan yang lebih besar iaitu perang melawan hawa nafsu yang sentiasa mengoda diri kita."

Benarlah kata Rasulullah SAW dan tiadalah yang tidak benar atas segala Sabda baginda kekasih Allah yang agung. Kadang-kadang ibarat musim yang berlalu dan saling berganti begitulah juga keadaan iman di dada yang turun naik dan kadang-kadang tumpas dengan godaan hawa nafsu. Bimbang bila sekali terjebak dalam lembah dosa dan kemaksiatan akan terus hanyut dan lena asyik dengan tipu daya permainan syaitan.

Bermakna dan amat dalam sabda Rasulullah SAW akan bahaya nafsu mazmumah jika hidup subur dalam diri apatah lagi dalam hati sehingga menghasilkan karat dan terasa indah dengan maksiat. Risau dan bimbang dengan diri hakikatnya ujian syaitan itu makin kuat dan dahsyat kepada mereka yang memberi nasihat, bila sekali tumpas hanya Allah tempat kembali yang abadi dan pengubat yang ampuh.

Apatah lagi bila diri yang lemah terlena dengan tipu daya pujuk rayu syaitan. Bila rasa terbuai dengan pujian makhluk rasa disayangi oleh sang kumbang, sehingga lupa dan hati terlena dan asyik. YaAllah tiada kemampuan diri ini yang hina lagi lemah melainkan dengan petunjukMu.

Hanya Allah maha menyimpan aib hamba-hambaNya. Rasulullah SAW bersabda :
"Perangilah nafsu kamu dengan berlapar dan dahaga kerana pahalanya adalah seperti pahala orang yang berjihad di jalan Allah dan bahawa tidak ada amalan yang lebih disukai Allah selain daripada lapar dan dahaga."

Zun Nun al Masri berkata:

"Aku tidak pernah kenyang kerana kalau kenyang aku melakukan maksiat atau ingin melakukannya."

Tersentak aku atas sabda dan mutiara kata ini. Betul-betul terkena pada diri..

Moga Allah bagi kesempatan pada diri membersihkan dosa dan noda... Ameen...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan