Khamis, 26 Julai 2012

POLIGAMI DAN KETINGGIAN DARJAT WANITA


 
Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya Markaz al-Mar’ah fi al-Hayat al-Islamiyyah: “Sesuatu yang amat mendukacitakan apabila sebahagian daripada penyeru-penyeru kepada sistem Barat yang ada di tanahair Arab dan umat Islam mengambil kesempatan apa yang berlaku pada sesetengah muslimin yang menyeleweng. Lalu mereka ini bangkit menyuarakan agar ditutup pintu poligami sama sekali. Mereka ini pagi dan petangnya hanya membicarakan mengenai keburukan poligami. Padahal dalam masa yang sama mereka mendiamkan diri seperti diamnya orang di dalam kubur mengenai keburukan zina, yang dengan dukacitanya diharuskan oleh sistem perundangan manusia yang menghukum negara-negara umat Islam hari ini."
(m.s 31 cetakan Maktabah Wahbah, Mesir).

Sungguh tiada hukum, malah ajaran dan suruhan hatta larangan daripada Allah SWT yang membawa keburukan. Menjadi kewajipan bagi setiap muslim beriktikad bahawa hukum-hakam syarak yang diturunkan Allah S.W.T bukan untuk kepentingan zatNya yang agung, kerana Dia Maha Suci daripada bergantung kepada makhluk. Segala apa yang diturunkanNya adalah li maslahah al-`Ibad iaitu untuk kemaslahatan atau kepentingan hamba-hambaNya.

Hakikatnya, hukum pelaksanaan poligami mempunyai seribu satu hikmah, sungguhpun kedudukannya merupakan keharusan yang dibolehkan (jaiz) namun dari hukum harus ini akan bertukar menjadi hukum lain misalnya wajib, sunat, makruh dan haram. Ia adalah hukum yang mendatang, bukan hukum asal. Contohnya, jika seseorang itu sememangnya sudah tahu (dan pada realitinya begitu) tidak berkemampuan untuk berlaku adil terhadap isteri-isterinya nanti, maka ketika itu haram hukumnya berpoligami. Contoh lain, jika seseorang itu mampunyai nafsu seks yang kuat, sehingga jika dia tidak berpoligami kemungkinan untuk terjebak ke lembah perzinaan adalah besar. Maka ketika itu dia wajib berpoligami (setelah memenuhi syarat-syaratnya).

Ketahuilah hikmah berpoligami itu antaranya, saya sebagai hamba yang dhaif dapati :

1.           Wanita itu mempunyai tiga halangan iaitu haid, nifas dan keadaan yang belum betul-betul sihat selepas melahirkan. Jadi, dalam keadaan begini, Islam mengharuskan berpoligami sampai empat orang isteri dengan tujuan kalau tiap-tiap isteri ada yang haid, ada yang nifas dan ada pula yang masih sakit sehabis nifas, maka masih ada satu lagi yang bebas. Dengan demikian dapatlah menyelamatkan suami daripada terjerumus ke jurang perzinaan pada saat-saat isteri berhalangan.

2.           Untuk mendapatkan keturunan kerana isteri mandul tidak dapat melahirkan anak. Atau kerana isteri sudah terlalu tua dan sudah putus haidnya. Dalam pemilihan bakal isteri, Islam menyukai wanita yang dapat melahirkan keturunan daripada yang mandul, walaupun sifat-sifat jasmaniahnya lebih menarik. Ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW dengan sabdanya yang bermaksud, "Perempuan hitam yang mempunyai benih lebih baik dari wanita-wanita cantik yang mandul."

3.           Kaum lelaki itu mempunyai daya kemampuan seks yang berbeza-beza. Andaikan suami mempunyai daya seks yang luar biasa, sedangkan isteri tidak dapat mengimbanginya atau sakit dan masa haidnya terlalu lama, maka poligami adalah langkah terbaik untuk memelihara serta menyelamatkan suami dari jatuh ke lembah perzinaan.

4.           Dengan poligami diharapkan agar dapat terhindar dari terjadinya perceraian kerana isteri mandul, sakit atau sudah terlalu tua.

5.           Akibat peperangan yang biasanya melibatkan kaum lelaki, maka jumlah wanita akan lebih banyak baik mereka itu masih gadis mahupun janda.Dengan adanya poligami diharapkan janda-janda akibat peperangan itu dapat diselamatkan serta diberi perlindungan yang sempurna. Begitu juga untuk menghindari banyaknya jumlah gadis-gadis tua yang tidak dapat merasakan hidup berumahtangga dan berkeluarga.

6.           Untuk memberi perlindungan dan penghormatan kepada kaum wanita dari keganasan serta kebuasan nafsu kaum lelaki yang tidak dapat menahannya. Andaikan poligami tidak diperbolehkan, kaum lelaki akan menggunakan wanita sebagai alat untuk kesenangannya semata-mata tanpa dibebani satu tanggungjawab. Akibatnya kaum wanita akan menjadi simpanan atau pelacur yang tidak dilayan sebagai isteri serta tidak pula mendapatkan hak perlindungan untuk dirinya.

7.           Untuk menghindari kelahiran anak-anak yang tidak sah agar keturunan masyarakat terpelihara dan tidak disia-siakan kehidupannya. Dengan demikian dapat pula menjamin sifat kemuliaan umat Islam. Anak luar nikah mempunyai hukum yang berbeza dari anak yang dari pernikahan yang sah. Jika gejala ini dibiarkan berleluasa dan tidak ditangani dengan hati-hati ia akan bakal menghancurkan umat Islam dan merosakkan fungsi pernikahan itu sendiri.

8.    Banyaknya kaum telaki yang berhijrah pergi merantau untuk mencari rezeki. Di perantauan, mereka mungkin kesepian baik ketika sihat mahu pun sakit. Maka dalam saat-saat begini lebih baik berpoligami daripada si suami mengadakan hubungan secara tidak sah dengan wanita lain.
Sumber : Fathoni Akbar 
Namun, apakah syarat-syarat dan hukum berpoligami. Adakah cukup material sudah memadai?...
BERSAMBUNG...

Isnin, 25 Jun 2012

Sunnah kehidupan seorang Hamba Muslimah




Surah Al-Asr :
“Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh.
Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN”.

Sungguh benar bahawa hakikatnya manusia diuji dengan masa lapang terutamanya dalam mengisi masa yang sungguh lapang sebelum kesempitan. Alhamdulillah Allah berikan kelebihan pada saya berbanding sahabat-sahabat yang lain kerana saya selesai pengajian awal 4 bulan berbanding sahabat-sahabat yang lain. Di kala sahabat sepengajian tengah demam “exam” dan tesis ketika ini jua saya tengah lapang dengan segala macam komitmen pengajian.

Namun, dengan nikmat kelapangan yang Allah berikan saya diuji dengan kekuatan untuk mujahadah agar mengisi masa yang ada dengan sebaiknya agar tidak masuk dalam golongan yang lalai dan rugi serugi-ruginya di akhirat kelak. Nauzubillah!

Masa lapang yang Allah berikan saya manfaatkan untuk “menebus” kembali segala kekurangan dan hak-hak sahabat saya yang sebelum ini saya gagal penuhi kerana kekangan masa dan kelemahan saya dalam mengurus dengan sebaiknya. Alhamdulilah hikmahnya rasa lebih manis bila berjumpa dengan sahabat dan mendengar luahan hati, rasa, ingatan, teguran, nasihat, pandangan yang diberikan dan yang diterima.

Namun, seringkali masih tidak mampu memenuhi hak semua orang. Hanya kepada Allah tempat aku berserah terutama atas kelemahan ku dalam menunaikan tanggungjawab sebagai sahabat yang baik.
Pada ketika ini bergunung impian,cita-cita, harapan dan cinta yang telah terukir dan tercatat rapi dalam “planner”” hidupku. Ku pandang ke hadapan dan ku lihat alam, begitu singkat umur namun begitu banyak hajat dan keinginan yang perlu dicapai namun dengan kudrat yang sangat-sangat lemah. Terutama dengan komitmen yang pelbagai siap tersadai di bahu. Sungguh, Allah Maha Hebat sampaikan bila aku rasa lumpuh ada sahaja Allah yang menguatkan langkahku.

Bila memikirkan kepada langkah ku untuk “master” tiba-tiba rasa sungguh teruji apabila “kos” yang perlu ku korbankan sangat tinggi, dan ketika ini macam-macam pandangan, datang yang menguji sejauh mana aku bersungguh untuk meneruskan langkah ku dalam bidang yang ku hajati. Ketika ini, tiba-tiba rasa keperluan untuk melengkapkan diri dengan bekalan kewangan sangat “genting” bagi mengapai sebuah ilmu untuk agamaNya. Namun, hakikatnya Allah ada kerana insyaAllah bila nawaitu itu keranaNya pasti Allah akan bagi jalan yang terbaik.

SubhanAllah, hakikatnya ketika ini nilai perkongsian sungguh bermakna apatah bila ada insan-insan yang memahami yang sanggup menyokong dan mendoakan. Cuma bukan mudah untuk memilih terutama bila melibatkan soal masa depan, kerjaya, apatah lagi soal yang lebih besar soal akhirat. Namun, ingat kata seorang hambaNya letakkanlah dunia ditangan dan akhirat letak di hati pasti akan temukan jalan penyelesaian yang terbaik. Indahnya hidup sebagai seorang muslim, hanya lafaz syukur dan penghambaan yang abadi dapat diberikan pada yang Maha Pengasih atas pertolongan dan nikmat yang tak putus-putus. Hakikatnya, benarlah Firman Allah swt “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah. Al Baqarah:216) inilah hikmah yang menguatkan aku dalam mengapai cita-cita dan impian.

Ingat! Kena doa bersungguh-sungguh ya! (^_^)
Syukran pada insan-insan yang sudi menjadi sahabat/teman/kawan ku kerana kalian adalah penyeri hidupku. 

Jumaat, 22 Jun 2012

MUTIARA DI LAUTAN



LOVE ALLAH SWT VERY MUCH.. Allahuakhbar!


"When I pretend to be strong, no one sees my hidden tears except Allah. When I'm sad and need a shoulder to cry on, no one supports me but Allah. Pleasing a human is very difficult, pleasing Allah is the easiest. People sometimes punish me for mistakes I have not done, Allah ignores and excuses the ones that I did. This is Allah, The Greatest, The Most Almighty, The Most Beneficent, The Most Merciful, and all praise belongs to Him."

Ahad, 10 Jun 2012

EMAS OH! EMAS



Terinspirasi menulis karya ini daripada seorang Insan...


Hadis Riwayat Imam Ahmad Ibn Hanbal,  
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasullullah SAW telah bersabda " Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar & dirham (untuk digunakan)”. 

Tahukah sahabat-sahabat bahawa Emas dan Perak digunakan untuk tujuan perdagangan. Maka tidak  timbul soal kemerosotan nilainya malah ianya semakin meningkat, beza sangat dengan nilai wang kertas yang turun naik, malah jangan hairan jika tahun 2015 sebiji roti Gardenia yang bernilai RM0.80 kini akan mencecah RM1.50.  Tak mustahil!

Bila nak melihat hujah berasaskan sunnah, kita buka lembaran Sirah, di zaman Rasullullah SAW harga seekor kambing adalah 1 dinar namun kini harga seekor kambing masih lagi 1 dinar. Namun nilai 1 dinar dalam nilai matawang kertas berubah-ubah malah semakin meningkat, nak buat aqiqah pun kena standard dalam poket siap-siap “packing”  RM800.

Jadi hakikatnya sangat bijak jika kita menyimpan aset dinar emas sebagai pelaburan. Rujuk statistik, kalau tahun 2002, nilai 1 dinar bersamaan RM140. Pada tahun 2005, nilai 1 dinar bersamaan RM242. Pada tahun 2008, 1 dinar bersamaan dengan RM418. Pada tahun 2010, 1 dinar bersamaan dengan RM587. Pada tahun 2011, 1 dinar sudah naik ke paras RM820. Jadi apa tunggu lagi, beli jangan tak beli. Boleh saja menjadi aset pelaburan melalui skim Ar-Rahnu. Cuma saya tak “master” lagi bab ni, sedang bertatih-tatih lagi.  Hakikatnya emas dan perak adalah aset yang terbaik untuk dimiliki. Dengan hanya menyimpan pun dah beri pulangan yang amat lumayan. Tetapi jika simpan duit nilainya semakin susut.


Namun menariknya, bila mengkaji tentang emas ni terbuka kes kajian yang dinukilkan oleh seorang penulis dalam website http://politik.kompasiana.com . Baru tahu makluman ini yang saya masih cuba mendalami kebenarannya iaitu Israel, sebuah negara haram yang mengusai dunia hari ini (bukannya Amerika Syarikat), telah mengeluarkan syiling emas pertama mereka pada tahun lepas. Ini menandakan tak lama lagi akan bermulalah era baru di mana sistem wang emas bakal digunakan dan tiada lagi wang kertas! 
Sudah 80 tahun kerajaan US berhenti menggunakan emas dan perak sebagai wang dan sudah 40 tahun US memutuskan standard emas dgn dollar US dan kini, mereka telah pun memulakan langkah untuk kembali menggunakan wang emas dan perak sebagai sistem urusniaga seharian. Semuanya bermula di UTAH pada bulan Mac 2010.

Selain itu, kes Syria juga terselak. Menurut tulisan pada artikel di website ini, Syria berada di kubu yang sama dengan Hizbullah, Hamas, dan Iran untuk menentang Israel; ‘anak emas’ AS.  Menurutnya, Syria adalah sebuah negeri dengan tingkat pengangguran yang semakin hari semakin meningkat. Hal ini disebabkan oleh sikap Bashar Al-Assad sendiri yang ingin saja menjadi hamba IMF. Syria adalah negara penerima petunjuk IMF: berusaha memperbaiki ekonomi dengan deregulasi kewangan, reformasi perdagangan, dan keswastaan, yang hasilnya hanya memperkaya yang kaya, dan memperbanyakan kelas miskin dan pengangguran. Maka, memang wajar bila ada demo-demo menentang Assad.

Namun, ketika AS berkeras ingin menyingkirkan Assad dengan alasan demokrasi (padahal pada saat yang sama melindungi raja-raja Arab yang sudah jelas-jelas monarki). Fakta menarik yang saya temui ialah penulis menpersoalkan tentang demo rakyat Syria menentang Assad, tapi siapa mereka, pendemo itu? Mengapa mereka juga bersenjata militer? Dari mana senjata mereka? Mereka menembak demonstran dan polis, lalu mengapa media Barat tidak mengupas hal ini?

Tambahannya, yang lagi memuskilkan, apabila Pakar Timur Tengah, Michel Choosudovsky menulis ada banyak bukti yang menunjukkan manipulasi dalam laporan media aksi demo di Syria. Bahkan media tidak melaporkan adanya demo besar-besaran Pro Assad, dengan jumlah peserta yang jauh lebih besar daripada demo anti-Assad. Kenyataan bahawa Assad minta maaf kepada rakyatnya kerana ada tentera yang bersikap keras menghadapi pendemo, menunjukkan sifat baik Assad: dia dengan segala kekurangannya sesungguhnya cinta kemanusiaan (kenyataan yang saya keliru jika melihat pada laporan media kini ).

Tambahannya, kini AS dan sekutu-sekutunya berupaya menggulingkan Assad dengan alasan demokrasi. Namun, alasan sesungguhnya adalah jelas: Assad adalah satu-satunya pemimpin Arab yang hingga hari ini tetap teguh menolak berdamai dengan Israel, Assad bahkan membantu Hizbullah untuk melawan penglibatan Israel ke Lebanon Selatan, bahkan Assad menyediakan perlindungan bagi aktivis-aktivis top Hamas. Bagi Israel, Assad adalah duri dalam daging. Dan kepada AS-lah Israel meminta bantuan untuk menyingkirkan Assad. AS kemudian menggunakan cara lama, membiaya kelompok-kelompok pembangkang di Syria untuk melawan Assad. Media pun digunakan untuk membesar-besarkan demo di Syria. Bahkan, untuk kes  Libya dan Syria, Al Jazeera (yang sering dikenali sebagai media non-Barat) menjadi aset untuk membawa kepercayaan dunia agar AS diberi hak untuk melakukan ‘humanitarian intervention‘: menyerbu Libya dan Syria, menggulingkan Qaddafi dan Assad, dan mengganti keduanya dengan pemimpin yang boleh ‘dicaturkan’.

Sungguh, sangat menarik fakta ini apatah lagi bila melihat Libya yang sangat “jual mahal” dari meminta bantuan kewangan dari IMF (Tabung gergasi AS) iaitu yang terkini “total annual debt change : 0.00%” bagi Libya yang jika dibanding dengan Malaysia ku kini telah mencecah 11.4% dan $ 147,752, 602, 740. ( Semakin baca, semakin banyak kemuskilan dan cambahan fakta yang menarik untuk dikaji, memerlukan ujikaji dan diskusi bersama sahabat-sahabat dan pengkaji bebas).

Hakikatnya, negara kena bebaskan diri dari “ikatan” AS terutama dari segi urusniaga kewangan. Mulakan dengan simpanan emas secara kecil-kecilan agar dapat melumpuhkan kewangan musuh-musuh Islam. Apatah lagi “bonus” dalam amal sunnah Nabi Muhammad SAW dan mengukuhkan simpanan jangka panjang.

Kajian diteruskan….


Sabtu, 5 Mei 2012

GAMIS SS4: Pendidikan PERCUMA.Realiti@Retorik?



Pendidikan Percuma adakah sekadar impian kosong yang tidak menjejak ataupun suatu realiti yang berpaksi, secara khususnya di Malaysia?. Ramai menyatakan bahawa isu Pendidikan Percuma ini hanyalah semata-mata isu politik kosong bagi memancing undi mahasiswa atau anak muda umumnya. Malahan, desakan demi desakan, tuntutan demi tuntutan dibuat supaya hak rakyat untuk menikmati kebajikan negara dapat dirasai. Apakah yang dimaksudkan dengan Pendidikan Percuma? Adakah pemansuhan yuran pengajian semata? Mengapakah isu ini tertumpu kepada pusat pengajian tinggi? Pelbagai persoalan yang berkaitan dengan pendidikan ditimbulkan kerana masyarakat darsawarsa kini semakin prihatin terhadap perkembangan dan tuntutan nilai keilmuan. Education is not for sale. Education must free from any political influence. Pendidikan bukan untuk diperdagangkan . Pendidikan mesti bebas dari pengaruh politik yang berkepentingan.

Isu ini diperhangatkan lagi dengan tuntutan pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mendapat liputan pelbagai pihak  sama ada pelajar, bakal pelajar pengajian tinggi, ibu bapa yang mempunyai anak di IPTA/S pegawai kerajaan hatta di parlimen sekalipun kerana ia melibatkan cycle of society atau kitaran masyarakat. Dan ianya lebih-lebih lagi, sangat  dekat dengan kehidupan mahasiswa di pengajian tinggi sama ada IPTA.

Hakikatnya, pelbagai sudut perlu dikaji bagi menjayakan pendidikan percuma. Dari sudut pendapatan dan perbelanjaan  negara, syarikat-syarikat GLC, sistem pengajian awam dan swasta, kadar nilai cukai rakyat dan  pelbagai sektor di dalam negara. Andai kata, negara mengamalkan good governess atau pentadbiran yang baik, berkebajikan dan telus, maka ianya tidak mustahil dapat dilaksanakan.

Oleh itu. Gabungan Mahasiswa Se-Malaysia (GAMIS) melalui platform INSPIRASI mengambil langkah proaktif bagi membincangkan isu ini secara mendalam secara berfakta dan rasional akan kerelevanan pelaksanaan Pendidikan Percuma di Malaysia. Ayuh kita lihat secara rasional bagaimana dan faktor apakah yang perlu dikaji dalam isu menjayakan dasar Pendidikan Percuma. Mengapa perlu memfokuskan isu Pendidikan Percuma  hanya kepada pemansuhan PTPTN ataupun ada lagi isu lain yang perlu diambil kira dan ditimbal-balik?

Oleh itu,  Sembang Santai Anak Muda kali ke-4 kini akan mengupas isu ini secara lebih mendalam dengan mengambil sisi pandang beberapa golongan akademik dan professional. Antaranya melibatkan ahli panel daripada Pusat kajian Strategik Ekonomi PKR saudara Mohd Rafizi Ramli, Prof Dr. Hj Anuar Hj Ahmad sebagai golongan pengurusan akademik UNISEL merangkap Pemangku NC UNISEL dan Dr Zuhdi Marzuki selaku Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS. Kehadiran saudara Rafizi Ramli ini diharap dapat menambahkan suntikan para golongan intelekual yang turut menantikan debat Rafizi dan Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO yang telah tertunda. 

Program ini akan berlangsung pada 6 Mei 2012 iaitu hari Ahad bertempat di Dewan Bunga Kertas, TTDI Jaya, MBSA, Seksyen U2, Shah Alam, Selangor pada 8-11 malam. Maklumat lanjut boleh layari http://www.mygamis.com.

SEMUA DIJEMPUT HADIR.

Fatmawati Abdin
Pengarah,
Sembang Santai Anak Muda ke-4
“Pendidikan Percuma. Realiti atau Retorik?”

Isnin, 9 Januari 2012

PERJUANGAN DENGAN ILMU DAN DARAH

KATA-KATA HIKMAH HUBAIB

"Tekunlah beramal dan bermujahadah, cintailah ilmu pengetahuan dan cintailah kehidupan akhirat, jadikan diri kamu sebagai pengembara yang sentiasa dahaga dengan cinta Allah, rahmat Allah dan pengampunan Allah. Pandanglah dunia ini bagaikan tempat persinggahan kamu ketika turunnya hujan, apabila berhentinya hujan kamu kembali berjalan menuju ke destinasi asalmu. Sakitilah nafsu mu kerana ia adalah tunggangan syaitan, jika ia lemah maka syaitan akan lemah kerana tiada tunggangan untuk digunakan bagi merosakkan mu. Bakarlah ia dengan api zikir, lemahkan ia dengan kurangkan tidur dan makan, bebankan muatan atasnya dengan ibadat yang khusyu'.

Janganlah kamu terikut manusia yang hatinya buta dengan akhirat, mereka mencari kebahagiaan dengan menuruti hawa nafsu sedangkan kamu carilah kebahagiaan dengan menentang hawa nafsu. Hiburan kamu adalah ujian Allah, kesengsaraan kamu adalah kehidupan yang tidak teruji hawa nafsu. Tahanlah lidahmu dari dusta dan umpatan kerana ia menghancurkan amalan kamu sekelip mata bagaikan letupan yang menghancurkan gunung. Berhati-hatilah dalam perjalanan ini, hanya mereka yang berilmu dan beramal serta mengalirkan air mata darah akan tersenyum di alam yang kekal abadi."

"Hakikat kebahagiaan, kejayaan dan ketenangan tidak berada di dunia. Ia berada di langit. Ia adalah anugerah Tuhan kepada hamba-hamba yang dikasihi-Nya. Harta, pangkat,keluarga, kekuatan,kebijaksanaan dan lain-lain hanyalah pagar-pagar untuk memantapakan kebahagiaan. Justeru itu, walaupun ramai manusia yang memiliki segala-galanya di dunia ini tetapi kebahagiaan tidak mereka miliki. Dan berapa ramai manusia yang tidak memiliki apa-apa tetapi hidup mereka disinari kebahagiaan."

"Hidup ini adalah perjuangan. Jadikan dunia ini sebagai sahabat kamu untuk mendapatkan syurga. Janganlah kamu meninggalkannya. Kuasailah pelbagai bidang dimana dengannya kamu dapat memakmurkan bumi. Hanya di tangan orang-orang soleh, dunia ini akan menghentikan tangisannya."


Rabu, 4 Januari 2012

LEMBARAN 2012

Bismillahirahmanirahim..


Membuka lembaran baru 2012 dengan lafaz indah kalimah Allah yang agung. Kisah hidup ku pada tahun ini sangat menarik dan penuh dengan perkara diluar jangkaan.

Muka surat hidup ku tahun ini dimulakan dengan pembukaan tirai 2012 di Dataran Merdeka kuala lumpur bersama-sama sahabat yang lain mengorbankan hari-hari genting menuju peperiksaan semester akhir di UKM yang akan bemula pada 3 januari 2012. Berkumpul dan menghabiskan masa semalaman di Dataran Merdeka bukan bermakna meraikan hari baru dengan kebingitan konsert dan muzik melalaikan tapi datang atas dasar kesedaran untuk berdakwah dan melihat realiti umat yang semakin jauh dari landasan ajaranNya. Alhamdulilah mampu mencipta satu kumpulan yang "kecil" dalam ribuan pengunjung yang sedang asyik dalam muzik yang memekak. Alunan "asmaul husna", takbir, selawat dan doa mohon keampunan bersaing dengan bunyi bising nyanyian sebagai tanda protes lembut atas apa yang berlaku apabila meraikan tradisi "countdown" di Malaysia.

Esoknya 1.1.2012 meneruskan langkah kaki ke UPSI pedih hati mendengar perkhabaran sahabat yang dibelasah oleh pihak polis berikutan perhimpunan aman yang dianjurkan di hadapan UPSI rentetan kes Adam Adli dan tuntutan kebebebasan akademik yang diangap enteng oleh pihak kerajaan. Bukan hendak membangkang tapi menuntut kebenaran dan hak yang tak dimiliki. Berhimpun depan balai polis dan menginfakkan seharian masa di tahun baru untuk menyokong sahabat ini merupakan kerja yang "tidak masuk akal" bagi mereka yang tidak memahami. Namun, langkah kaki teguh dan yakin kerana ada tawakal kepadaNya.

Menghadapi hari-hari menuju peperiksaan akhir di tahun akhir pengajian dengan malam hari dipenuhi dengan tuntutan-tuntutan tugas sebagai pendokong gerakan menjadikan hari ku tidak seperti yang lain. Hanya Allah tempat paling kukuh untuk menjadikan diri terus thabat dan istiqomah. Peperiksaan di dewan kuliah juga tuntutan perjuangan ku namun bila aku ditempatkan dalam kewajipan ini aku kena menjadi lebih kuat dan doa sahaja yang mampu menolongku dan senjata terampuh. Firman Allah swt dalam Surah Muhammad (7) :

"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan pendirian kamu.

Langkah ku terus ku atur menuju hari-hari ku cuma hajat ku biarlah aku meninggal dalam keadaan bermaruah dengan menunaikan tuntutan yang Allah syariatkan dalam keadaan menjadi mujahidah yang Allah redha. Restu dan doa ibu dan ayah mengiringiku yang menjadi penguat dikala lemah. Moga lembaran 2012 membuka sejarah baru untuk menambahkan amalku dan mematangkan diriku.

"Dan bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."